Hanya Guna 2 Bahan, Coklat Nestum Bar Rasa Sama Macam Kitkat

Share

Buatkan coklat nestum bar untuk anak-anak. Rasanya memang sama macam kitkat. Hanya guna 2 bahan je, nestum dan coklat.

Resipi yang dikongsi Ida Zaida ini, sangat simple dan yang penting tak perlu nak bakar.

 

RESIPI COKLAT NESTUM BAR

BAHAN-BAHAN:

500gm nestum (original) – beli online di sini


1kg coklat dark compaund beryls (yang ni rasanya kurang manis berbanding milk compound)

TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang

TONTON  Dapur Rasa Live: Kue Teow Goreng

CARA BUAT:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler, sampai jadi cair.


2. Lepas tu, masukkan 1 paket Nestum. Gaul sampai sebati biar bersalut elok.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Kemudian, bila dah gaul sebati,

masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Potong siap-siap baru letak dalam peti ais. Lepas dah mengeras, baru boleh potong. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Ida Zaida

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN