Hampas kelapa yang selalu kita buang selama ini rupanya masih berguna. Jika santan yang diperah digunakan untuk masakan, hampasnya pula boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit.
Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit. Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.
Buat skrub dari hampas kelapa
Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.
Ads
1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras
2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!
Ads
3. Cara penggunaan;
Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
Ads
Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.
Banyak manfaat skrub kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit
Kalau di rumah ada bercucuk tanam atau berkebun kita biasa berdepan masalah tanaman diserang semut, ulat beluncas, bena putih dan lalat buah.
Semua ini akan merosakkan sayur malah buah juga. Daripada guna bahan kimia untuk selesaikan masalah, lebih cuba cara semula jadi yang lebih selamat seperti yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Dia menyelesaikan masalah serangan serangga perosak dengan cara membuat air semburan dari kulit bawang. Hasilnya dalam masa beberapa hari masalah serangan haiwan di atas akan selesai.
Cara membuat air semburan rendaman kulit bawang juga ada dikongsi.
Ini petua untuk elak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara seperti di bawah. Selepas tiga hari guna, puas hati rasanya. Semut kecik dan semut hitam pun dah tiada.
1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
2. Rendam kulit bawang ini seketika dalam beberapa minit.
3. Kemudian isi penuh air dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekas. Simpan dua hari di bawah singki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L. Kemudian tambah air paip supaya penuh.
Nak tahu cara mudah cuci ketuhar berminyak? Maklumlah, ketuhar jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan ketuhar tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru. Selain itu, penjagaan ketuhar juga penting supaya peralatan ini tahan lebih lama dan sentiasa selamat digunakan. Bila ketuhar bersih, makanan pun masak lebih sekata dan wangi tanpa bau hangit.
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda (redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair atau pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor. (Masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini. Kalau tidak, mungkin tahap kebersihan ketuhar anda tidak seperti yang diharapkan.
Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat. Tak perlu beli pencuci yang mahal atau beli ketuhar baru. Cuci ikut cara ni memang sangat berkesan dan memuaskan hati.
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap dan bilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
Selain petua di atas, anda juga boleh lakukan beberapa langkah tambahan untuk memastikan proses cuci ketuhar lebih mudah dan hasil lebih memuaskan. Antaranya:
– Elakkan menggunakan bahan yang terlalu kasar pada permukaan kaca supaya tidak meninggalkan calar.
– Gunakan kain microfiber jika mahu hasil lebih kilat ketika mengelap bahagian luar ketuhar.
– Jika ketuhar mempunyai fungsi steam, hidupkan sebentar selepas dibersihkan supaya wap membantu melembutkan sisa kotoran.
Langkah-langkah tambahan ini bukan sahaja membantu menanggalkan minyak degil, malah menjadikan proses cuci ketuhar lebih cepat tanpa perlu ulang banyak kali.
JANGAN switch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih sahaja.
Kredit petua cuci ketuhar: Chef Asma Nordin
Dengan langkah-langkah ini, proses cuci ketuhar bukan sahaja menjadi lebih mudah tetapi hasilnya lebih bersih, selamat dan tahan lama. Bila diamalkan secara berkala, ketuhar anda sentiasa kelihatan seperti baru dan tidak lagi berbau makanan lama. Ketuhar bersih, penyediaan makanan pun jadi lebih terjamin. Tak perlu beli ketuhar baru pun. Jaga dengan baik, ketuhar boleh guna lebih lama. Anda pun boleh hidangkan makanan yang terbaik buat keluarga tercinta. Tak perlu lagi makan dekat kedai. Masak sendiri di rumah, lebih sedap dan berkhasiat.
Baca pelbagai artikel best di website RASA serta tonton lebih banyak video tip & trik yang mudah dan berkesan di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official .
Bila masuk musim durian, masing-masing sibuk mencari dan membeli durian. Ada yang sanggup balik ke kampung untuk mendapatkan durian dan ada yang beli terus di tepi jalan, dan pastinya kita membawa durian masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Raja segala buah ini memang sedap tetapi bau yang ditinggalkan boleh memeningkan kepala. Cuba bayangkan kalau kita simpan durian di dalam bonet kereta, mungkin berhari-hari baunya nak hilang. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan bau durian yang ‘menusuk’ dalam kereta.
1. MENGGUNAKAN TANGKAI DURIAN
Petua ni merupakan perkongsian oleh Puan Ikha Febrian di laman Facebook yang diperolehi daripada penjual durian sendiri dimana ia juga telah mendapat perhatian orang ramai atau viral sejak kebelakangan ini. Caranya, patahkan tangkai durian, kemudian belah hujungnya,dan letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
2. KOPI
Aroma kopi juga mampu menyerap serta menyingkirkan bau durian dari kereta anda. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Kemudian tinggalkan semalaman dalam kereta. Malah, serbuk kopi di dalam uncang juga boleh digunakan untuk lebih mudah.
3.CUKA
Letakkan semangkuk cuka (sebarang jenama) di dalam bonet kereta dan tutup untuk beberapa jam. Sifat asid yang ada pada cuka boleh menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta anda.
4.ROTI
Petua yang seterusnya ialah dengan menggunakan roti. Caranya dengan meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta dan biarkan semalaman sehingga ia mengeras. In Sha Allah, bau durian yang kuat di dalam kereta anda akan hilang.
5. ARANG
Selain itu, bau durian serta bau kepam kereta juga boleh diserap oleh arang. Caranya dengan meletakkan beberapa ketul arang di dalam kereta dan membiarkannya selama mungkin beberapa hari. Pasti bau-bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta hilang. Cubalah!
6. DAUN PANDAN
Aroma daun pandan mampu menghilangkan bau durian di dalam kereta. Anda cuma perlu meletakkan beberapa helai daun pandan di dalam bonet kereta dan pasti bau itu akan hilang sedikit demi sedikit. Mudah kan?
7. SERBUK PENAIK/BAKING SODA
Akhir sekali, anda boleh menggunakan serbuk penaik (baking soda) untuk menghilangkan bau durian yang kuat di dalam kereta dengan hanya meletakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) dan bau tersebut akan hilang.
Semuanya mudah kan? Lepas ini tak perlu lah risau bau durian dalam kereta. Sebenarnya petua-petua ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di rumah dan di mana-mana sahaja. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur Lemak Putih Kelantan ala Rembayung dengan kuah santan pekat dan rasa lemak berkrim. Resipi mudah, ringkas dan sangat sesuai untuk menu harian keluarga.