Guna Udang Basah & Udang Kering, Ini Petua Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap

Share

Sedapnya Mi Rebus Johor. Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk keluarga di hari cuti nanti, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu.

Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Istimewanya resipi ni, kuahnya menggunakan rencah udang basah & juga udang kering. Patutlah padu. 

Malah beliau juga bermurah hati kongsi resipi langkah demi langkah ni. Jadi senanglah nak cuba. Jom kita lihat bahan-bahannnya.

 

MI REBUS JOHOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning- dicelur

BAHAN KISAR:

  • 100g udang basah
  • 3 sudu besar udang kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 5-6 tangkai lada kering

BAHAN KUAH:

  • 3 biji keledek- direbus dan dilecek
  • 150-200g daging cincang/ daging tetel
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk kari daging – beli online disini
  • 2 sudu besar taucu – kisar – beli online disini
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Tauge – dicelur
  • Tauhu goreng
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Lada potong
  • Daun bawang

 

CARA MEMASAK:

1. Rebus keledek dan lecek.

2. Tumis serai di belah dua.

3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.

5. Masukkan daging cincang dan tambah air.

6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.

7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.

8. Perasakan dengan garam dan gula.

9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.

10. Siap untuk dihidang

Kredit resipi & foto: Faziatun Nisa Yusof Basha

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN