Guna Bun Burger Buat Korean Garlic Cheese Bread

Share

Resipi Korean Garlic Cheese Bread ini pernah menjadi viral dan ramai yang mencari rezeki dengan menjualnya.

Kali ini, apa kata kita cuba lagi resipi yang dikongsikan Tyra Manan ini untuk hidangan minum petang bersama keluarga.

Mudah saja, hanya gunakan roti bun burger sebagai bahan utama dan cara menyediakannya pun senang. Jom kita buat!

 

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

BAHAN SOS GARLIC:

Bawang putih secukupnya| cincang – beli online di sini
100g mentega – beli online di sini
2 sudu makan mayonis
1 biji telur
Daun parsley

CARA MENYEDIAKAN:

Cairkan mentega. Kemudian biarkan sejuk sikit, baru campurkan semua bahan tadi. Jangan campur masa panas-panas nanti jadi telur goreng.

BAHAN INTI:

250gm cream cheese
2 sudu makan susu pekat – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

Mix cheese dengan susu pekat sampai sebati, lepastu bolehlah masukkan dalam piping bag.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA PIPEKAN CHEESE:

1. Ambil roti bulat burger, potong 6 bahagian jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh je dan kena belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


2. Pipekankan celah-cepah roti yang dah dibelah.
3. Sapu sos garlic tadi tu di atas roti.


4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150-160C selama 10-15 minit. Ikut keadaan ketuhar masing-masing.

Kredit: Tyra Manan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN