Guna Banyak Bawang Goreng, Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap

Share

Daging Masak Hitam Bawang Goreng, resipi perkongsian saudari Jaja Noriza ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau, resipi ini adalah warisan dari keluarganya dan merupakan menu ‘signature’ wajib ada keluarga terutamanya di musim perayaan. Sedap dimakan bersama nasi panas, lemang atau ketupat palas. Cara penghasilannya juga tidak susah. Sesuai sangatlah cuba buat untuk makan-makan bersama keluarga. Paling penting, kena rajin buat bawang goreng. Ini menjadikan menu ini lebih enak dan lain dari yang lain. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK DAGING MASAK HITAM (BAWANG GORENG) WARISAN KELUARGA

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – hiris
1 kg bawang merah goreng (lebih sedap guna bawang yang digoreng sendiri)beli online disini
1 senduk cili kering kisar beli online disini
Kicap pekat beli online disini
Kicap manis beli online disini
Kicap masin beli online disini
Air asam jawa beli online disini
Garam dan gula secukupnya
Air
1 senduk @ 1/2 cawan minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Hiris bawang merah halus-halus. Kemudian goreng hingag keperangan. Angkat dan toskan.

2. Perap hirisan daging dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula selama 1/2 jam. Sukatannta agak-agak sahaja. (gula dalam 2 sudu besar. Kicap pekat dan kicap manis jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita akan tambah kicap lagi)


3.Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi.


4. Masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit.


5. Kemudian masukkan cili kering kisar. Boleh lebihkan jika suka pedas. Reneh lagi hingga cili betul-betul masak.


6. Masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat. Sukatannya agak-agak sahaja diikuti dengan air asam jawa. Sukatannya juga jangan terlalu banyak untuk elak terlebih masam.


7. Renehkan daging hingga empuk. Jika kering atau daging belum empuk, tambah air dan terus masak hingga anda dapat tekstur daging yang lembut.


8. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang sebati.


9. Rasa dan pastikan pedas, manis dan masinnya cukup dan menepati selera anda. Jika terkurang, tambah garam atau gula.
10. Daging Masak Hitam Bawang Goreng sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jaja Noriza

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/petua-buat-kuih-kole-kacang-sedap-cepat-masak-resipi-guna-cawan-je/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN