Guna 2 Bahan Je Inti Sandwich Telur Ni, Rasa Sedap Anak Pasti Suka

Share

Jika anda sukakan sandwic, resipi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja. Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!

 

RESIPI SANDWICH TELUR MUDAH, INTINYA HANYA GUNA 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich beli online disini
Telur  
Mayonesbeli online disini
Lada sulah – jika suka beli online disini
Garam @ perasa – jika perlu

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.


2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.


3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.


4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing.
5. Gaul inti hingga sebati.


6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu.


7. Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Roha Adrinna

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN