Gulai rebung campur perut…perghh gerenti makan sampai licin. Rebung ni nak menyediakannya kena betul caranya, kalau tersilap boleh jadi pahit rasanya.

Bila dah siang, jangan lupa celur dan buang dua kali airnya, atau rebus lebih kurang 15 minit dan toskan

Ni jom cuba masak gulai rebung letak pulak perut lembut, fuyooo memang super sedap lah . Tapi kalau tak minat makan perut boleh aje masukkan daging aje. Meh cuba resipi yang dikongsikan Zaimah Zakaria ni…

GULAI REBUNG DENGAN PERUT

Gulai Rebung Campur Perut ,Kecur Melihatnya. Lauk Berbuka Super Sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ kg perut lembu 
  • 1 mangkuk rebung masam | sudah direbus dan tos
  • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • 1 mangkuk pati santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar :

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil  
  • 2 sm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK :

  1. Tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik bau.
  2. Masukkan rempah kari bersama cili kisar.
  3. Masukkan perut, masak sampai perut lembut, baru masukkan santan dan rebung .
  4. Akhir sekali masukkan asam keping, kerisik dan garam.

Resipi : Zaimah Zakaria

Bukan sahaja sedap,  tapi ada manfaat kesihatannya .

NI 8 MANFAAT KESIHATAN REBUNG :

Gulai Rebung Campur Perut ,Kecur Melihatnya. Lauk Berbuka Super Sedap.

  1. Rendah gula
    Jumlah gula yang ditemui dalam rebung sekitar 2,5 gram per 100 gram. Jumlah tersebut lebih rendah daripada kadar gula yang ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran.2. Sumber Protein
    100 gram rebung memiliki sekitar 2 sampai 2.5 gram protein. Protein yang terkandung dalam rebung terdiri dari tujuh belas asid amino .3. Kaya vitamin dan mineral
    Siapa sangka jika rebung ternyata kaya vitamin dan mineral Rebung mengandung vitamin seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin E, thiamin, riboflavin, niasin, asid folat dan asid pantotenat. Dan mineral yang ditemukan dalam rebung meliputi kalsium, magnesium, fosforus, kalium, natrium, seng, tembaga, mangan, selenium dan zat besi.

    4. Tinggi serat
    Rebung juga kaya serat. Jumlah serat makanan yang terkandung dalam rebung sekitar 6-8 gram per 100 gram.

    5. Merangsang nafsu makanan
    Rebung tinggi selulosa yang dapat merangsang nafsu makan. Rasa dan tekstur rebung juga membuatnya sesuai juga menjadi makanan pembuka selera.

Gulai Rebung Campur Perut ,Kecur Melihatnya. Lauk Berbuka Super Sedap.

6. Mengawal kolesterol
Penelitian yang dilakukan oleh Washington State University menunjukkan bahwa rebung memiliki efek menguntungkan pada kolesterol, lipid dan fungsi usus. 

7. Memperkuat sistem kekebalan tubuh
Vitamin dan mineral yang ditemukan dalam rebung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

8. Menurunkan tekanan darah
Rebung mengandungi banyak kalium. Kalium dapat bertindak sebagai elektrolit, dan juga sangat baik untuk menurunkan dan menjaga tekanan darah.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI