Gulai Lemak Pucuk Selom Bersama Kepah. Memang Tak Perlu Lauk Lain Dah!

Share

Daun selom, biasanya dijadikan ulam dan dicicah bersama sambal belacan. Tapi rupanya ulam kampung ni boleh dipelbagaikan cara menikmatinya. Masak lemak bersama kepah, fuhhh..sedap! Anda memang kena cuba sendiri.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cekak daun selom  | simpul dan celur seketika
  • 300gm kepah
  • 500ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
  2. Renehkan di atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
  4. Diikuti dengan kepah.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Selain daun selom boleh juga tukar dengan pucuk ubi.

 

 

 

 

IKLAN