Makan

Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Lauk Tradisi Yang Tak Pernah Jemu

Share

Gulai Lemak Kuning Telur Itik antara lauk tradisi yang selalu jadi menu wajib di kampung. Rasanya yang kaya dan pekat, dengan telur itik yang kenyal lembut, menjadikan ia hidangan istimewa yang jarang-jarang orang buat di bandar.

Kombinasi santan, kunyit hidup dan cili api memberikan keseimbangan rasa yang padu — cukup lemak, cukup pedas, cukup puas! Sesuai dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan, lauk ini memang ‘kena’ dengan tekak orang Malaysia.
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik

2 helai daun kunyit – dihiris nipis

2 batang serai – diketuk

1 ½ kotak kecil santan (300ml)

Air secukupnya

Garam & serbuk perasa

1 sudu besar serbuk kunyit

2 biji cili besar merah & hijau – belah 2 untuk hiasan

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin