Gulai Lemak Ketam Bersama Pegaga, Wah Berselera Makan.

Share

Hari ni nak masa apa? Kalau tak tau nak masak apa, korang boleh masak Ketam Gulai Lemak Cili Padi. Tapi kali ini korang cuba tambah ke dalam pegaga, pakej sekali dengan sayur. Dah tak payah masak sayur lagi. Jimat masa dan sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk maklumlah di hari Jumaat ada encik suami yang nak balik makan sebelum solat Jumaat dan anak-anak pun balik sekolah awal kan… lauk ini sangat membantu korang cepat masak dan sedaop ye.. tambah sambal belacan dan ikan masin goreng wah berselera ye.


GULAI LEMAK KETAM BERSAMA PEGAGA
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam | bersihkan dan tos
  • 150gm daun pegaga | buang tangkai
  • 1 liter santan kelapa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk.
2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan serai dan asam gelugor.
4. Seterusnya masukkan ketam dan daun pegaga. Terus kacau.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selapas 3-4 minit. Tutup api.
7. Gulai ketam sedia dihidangkan.

IKLAN