Gulai Kuas Kunyit Dari Tanah Merah, Ringkas Tak Perlu Tumis Sedap Giler!

Share

Masakan orang Kelantan yang tak ramai tahu asal usul dari mana datangnya nama Gulai Kuas tu. Gulai kuning atau nama popularnya GULAI KUAS KUNYIT, asalnya adalah dari bahan utama iaitu lengkuas dipendekkan menjadi kuas dan kunyit, terus orang-orang dulu panggil nama gulai kuas kunyit. Masakannya ringkas, tak perlu menumis masukkan semua dalam periuk. Selamat mencuba.

 

RESIPI GULAI KUAS KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

  • ½ kg Udang segar (boleh juga untuk masak beberapa jenis ikan, telur itik dan sayur batang keladi)
  • 5-6 ulas Bawang merah
  • 2 ulas Bawang putih (tak nak letak pun tak per)
  • 4-5 biji Cili kering
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Kunyit hidup
  • 2 cawan Santan sederhana pekat
  • 1 keping Asam keping
  • 1-2 biji Cili merah
  • Garam, gula dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:
1.Blender semua bawang, cili kering, lengkuas dan kunyit hidup.
2.Masukkan bahan blender ke dalam santan, jerang atas api sederhana.
3.Bila santan dah panas, masukkan udang.
4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan cili merah sebagai hiasan.
Ringkas dan senang jer kan.

 

Kongsi resipi: Alosnida Musa

IKLAN