Gulai Ikan Nyok Nyok, Keenakan Melicinkan Pinggan

Share

 

Gulai ikan nyok-nyok, memang terasa kari dan rencah yang digunakan. Ni resipi super sedap yang dikongsikan oleh June Ahmad

. Makan dengan nasi atau roti memang licinlah pinggannya.

Kalau orang utara, kari disebut gulai. Tambah terangkat dengan penggunaan halba campur dalam masakan. Jom cuba resipi gulai ikan nyok-nyok ni.

GULAI IKAN NYOK-NYOK

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan tongkol @ ikan apa2 je yg sesuai
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • Santan (cair2 je… jangan terlalu pekat)
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • Tomato
  • Cili padi

Bahan kisar:

  • 2 ulas bwg putih
  • 3 ulas bwg merah
  • Halia sikit
  • Kunyit hidup sikit
  • 1 tangkai daun kari
    ** kisar semua bahan di atas bersama rempah kari

Bahan tumis:

  • 4 ulas bwg putih
  • 4 ulas bwg merah
  • 1 sudu teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.


2. Bila dah kekuningan masuk bahan kisar, tambah air 2,3 kali dan tumis lagi sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak…
3. Selepas itu masukkan garam, air asam jawa dan tumis sekejap.

4. Masuk air secukupnya. Kemudian masukkan ikan dan masak sampai didih.
5. Akhir sekali masuk bendi, terung, tomato dan cili padi…
6. Kuah biar ada rasa masam-masam sikit baru sedap.

 Gulai ikan boleh dihidang.

Kredit foto & resipi : FB june ahmad

 

INGIN MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR & RUMAH TERKINI, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

IKLAN