Gebu Gebas Betul Apam Gula Hangus Guna Resipi Ni, Mesti Cuba!

Share

Apam Gula Melaka yang sedap tentulah gebu bila ditarik dan dikunyah. Terasa begitu asyik makan sampai tak sedar sudah ‘berbiji-biji’ kuih yang dimakan. Jika anda masih tercari-cari resipi untuk mendapatkan Apam Gula Hangus yang gebu dan lembut, apa kata anda cuba resipi yang dikongsikan Amida Ida ini.

RESIPI APAM GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN UNTUK GULA HANGUS:

1 1/2 cawan gula – BELI ONLINE


1 1/2 cawan air panas
4 sudu besar susu pekat
4 sudu besar majerin/butter –BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan gula dalam periuk. Masak sehingga gula keperangan.

2. Apabila gula sudah perang, masukkan air panas dan diikuti dengan susu pekat dan majerin.

3. Apabila sudah siap, sejukkan dahulu. (boleh buat gula hangus pada waktu malam. Pagi esoknya boleh buat adunan pula.

BAHAN-BAHAN SETERUSNYA:

*2 cawan tepung kek~ (boleh guna bluekey)
*1 cawan tepung gandum~ (boleh guna cap ros) –BELI ONLINE
*1 sudu kecil soda bikarbonat –BELI ONLINE
~bahan-bahan  * di ayak dahulu~

4 biji telur
2 penutup esen vanilla –BELI ONLINE
1/2 cawan minyak masak –BELI ONLINE

LANGKAH SETERUSNYA:

1. Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan minyak dan pukul lagi. Masukkan bahan-bahan diayak tadi berselang-seli dengan gula hangus sehingga habis.

3. Kaup balik sahaja. Kalau tepung masih bergentel tidak sebati, tapiskn adunan.

4. Panaskan air dalam pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan lompang.

 

5. Kukus selama 10 minit. Siap.

6. Inilah hasilnya. Nampak gebu betul!

Sumber kredit: Amida Ida via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN