Berikutan tular video hidangan aneka manisan dengan gaya ala ‘shellout’ sempena sambutan ulang tahun adiknya, Raf Yaakob baru-baru ini, Dato’ Fazley Yaakob menerima kecaman hebat dari para pelayar laman sosial.

https://www.instagram.com/p/BemHlN_BIr9/?taken-by=fazleyyaakob

Beliau dikatakan tidak menghormati dunia seni kulinari malah ada juga sebilangan netizen yang bertindak mengecamnya kerana dikatakan tindakan tersebut kurang sopan lantaran ‘mencampak’ beberapa makanan di atas meja. 

https://www.instagram.com/p/Bdw2pMSBLz-/?taken-by=fazleyyaakob

Namun menerusi temubual bersama Sinar Harian, beliau menyangkal dakwaan tersebut.

Sebenarnya, ia bukan mencampak makanan tapi konsep Sweet Table memang seperti itu. Itulah kelainannya. Ia bukan disediakan di atas pinggan sebaliknya dihidangkan di atas meja besar dengan kapasiti minimum enam orang. Dan… konsep ini sebenarnya dah lama dibuat di luar negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan London, tapi ia adalah baru di sini.  

Tambahnya lagi, kebanyakan netizen yang mengecam konsep tersebut mungkin kerana tidak memahami atau mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari serta menolak untuk menerima pembaharuan.

https://www.instagram.com/p/BesjQ77hRoh/?taken-by=fazleyyaakob

IKLAN

 

 Saya rasa mana yang tak faham konsep dan tak buat research dan tak ada pengalaman bagaimana dessert itu dilakukan, mungkin mereka akan mengecam. Kalau tengok di luar negara, mereka sampai ada pecahkan coklat di atas meja bahkan lambung dari atas ke meja.

Berikutan penularan video tersebut juga, hidangan unik Sweet Table mendapat sambutan hangat. Malah, menurut Dato Fazley beliau tidak menang tangan dalam menerima tempahan.

” Saya buka booking untuk konsep ini bermula minggu depan. Tapi, nampaknya saya perlu aturkan semula kerana mendapat permintaan tinggi. Jadi saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kerana secara tak langsung kecaman itu memberikan publisiti percuma,” katanya yang mengakui tidak berkecil hati sebaliknya memandang setiap kecaman tersebut daripada sudut positif.

 

https://www.instagram.com/p/Beug3SLhWqt/?taken-by=fazleyyaakob

IKLAN

 

Dalam ramai yang mengeji, ada juga yang memuji kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh juara Masterchef Selebriti ini. ukan itu sahaja, rata-rata pengikut dan peminatnya di laman sosial turut kagum dan memuji kreativitinya. Bagi anda yang nak sambut ulang tahun atau nak ‘sweet-sweet’ dengan pasangan, bolehlah ke Suka Sucre Bistro dan cuba Sweet Table ni. Pasti senyum sampai telinga!

 

https://www.instagram.com/p/BemQUcfhI0g/?taken-by=fazleyyaakob

IKLAN

 

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI