Gara-Gara Bau Belacan Bakar, Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis.

Share

Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada isterinya yang tinggal di Perancis dimana pangsapurinya dikunjungi polis selepas jirannya mengadu tentang bau aneh yang datang dari rumah terbabit. Lebih parah lagi apabila bau tersebut dianggap seperti bau mayat. Sebenarnya bau tersebut adalah bau belacan bakar untuk buat Sambal belacan.

Pengguna Twitter Zulfo Mahadi (@thezulfo) tweeted:

Zulfo juga menambah:

Macam-macam kan? Tapi itulah uniknya makanan yang ada di seluruh dunia ni. Ada yang pelik, biasa-biasa dan ada juga yang luar biasa. Apa-apa pun, kena hormati dan  ‘respect’ walaupun makanan tersebut ada yang kita tak suka dan tidak boleh makan. Barulah aman dan tak ada sengketa. Betul tak?

Nak cuba buat Sambal Belacan sedap untuk puasa nanti? Ini resipinya. Jom cuba!

 

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam cili padi merah
  • 1 genggam cili padi hijau
  • 3 biji cili merah
  • 7 biji limau kasturi (buang biji)
  • 1 biji lemon (untuk diperah)
  • Sedikit air

BAHAN BAKAR:

  • 1 ulas bawang merah
  • 1/4 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 1/2 inci belacan
    ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)

BAHAN PERASA:

  • 8 sudu makan Gula merah
  • 1 sudu teh Perencah hilal/knorr
  • 2 sudu teh Garam bukit

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing. 

2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.

3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.

4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.

5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.

6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

IKLAN