Ada Yang Suka Kuih Tradisi, Lepat Ubi Keledek? Jom Buat

Share

Kuih lama, belebat ubi atau lepat ubi keledek ini masih ada peminat. Masih yang menggemarinya. Sedapnya dapat makan sambil duduk di pangkin kampung.

Jom kita buat lepat ubi keledek dengan resipi daripada Muliadi Ramli ini.

 

RESIPI BELEBAT UBI @ LEPAT UBI KELEDEK

 

BAHAN-BAHAN:

800gm ubi keledek (dipotong panjang-panjang, warna apa-apa pun boleh, saya campur bagi nampak cantik sikit)


3 keping nisang/nise kelantan (kerek kecil) – beli online di sini
1 cawan kelapa parut
1 kotak santan – beli online di sini
300gm tepung beras – beli online di sini
Secubit garam
1 cawan air
2 sudu besar gula – beli online di sini
Daun pisang (dibersihkan & dilayur)

TONTON Dapur Rasa Live: Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese  

TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Sup Ayam Tomyam 

CARA MEMBUATNYA;

1. Ubi direbus setengah masak. Ketepikan.
2. Masukkan santan dan 1 cawan air bersama nisang. Masak hingga nisang cair kesemuanya. Tutup api.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit ke dalam nisang. Kacau rata supaya tidak berketul-ketul. Lepas tu nyalakan api, masak hingga pekat.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Apabila pekat masukkan ubi keledek, kelapa parut, garam dan gula. Kacau sekejap adunan bagi sebati. Tutup api dan ketepikan.
5. Selepas itu, adunan boleh dibungkus dengan daun pisang dan dikukus selama 20 minit. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN