Fish n Chip With Cheezy Black Pepper Sauce Homemade, Lebih Puas Nikmatinya

Share

Hari ni anak-anak request nak makan fish & chip. Jadi tak perlu nak order foodpanda atau makan di luar. Kalau nak puas makan lebih baik masak sendiri. Lengkap dengan sosnya sekali.

Fish n chip with cheezy black pepper sauce
Bahan-bahan:
Isi ikan dory
Tepung beras- BELI ONLINE DI SINI
Tepung gandum
Garam
Gula
Serbuk cili


Serbuk rempah daging-BELI ONLINE DI SINI
Serbuk roti (bread crumb)-BELI ONLINE DI SINI

TONTON GERENTI JADI: Resipi Asam Pedas Kerisik

Cara memasak:
1.Bancuhkan kesemua bahan di atas kecuali serbuk roti.


2.Celup isi ikan dalam adunan tersebut.

3.Kemudian salutkan dengan serbuk roti.
4.Goreng sampai masak.

Bahan sos cheezy:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar lada hitam
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam
1 sudu kecil Mix herb


2 keping keju cedar
Sedikit pewarna kuning makanan.just nak bagi cantik jer
.
Cara buat sos:
1.(Tumis bawang besar dan bawang putih sampai garing)
2.Masukkan tepung gandum.

3.Goreng sampai nampak garing
4.Masukkan air.
5.Tambahkan lada hitam
6.Kemudian masukkan keju cedar.
7.Masukkan kiub pati ayam.
8.Perasakan dengan garam.
9.Tambahkan 1 sudu kecil mix herb
10.Masak sampai agak pekat.
11.Kalau terlalu pekat boleh tambah air.
12.Setelah masak,masukkan dalam blender dan kisar sos tadi.
Siap untuk dihidang.
Sos ini sesuai makan dengan jejari kentang @ mash potato@wedges.

Kredit: Rusmainizam Ramli

IKLAN