Untitled design - 2019-09-05T171334.741

Biasanya kita sering merasa masakan dari air tangan emak atau bapa untuk dihidangkan buat anak-anak.Menarik dalam episod anak emak anak bapa, giliran anak menyediakan hidangan kegemaran ibu atau bapa masing. Kecoh juga dibuatnya dalam menyiapkan hidangan buat insan yang tersayang. Dalam episod kali ini Fasha Sandha telah membawa mamanya menikmati hidangan kegemarannya di D’Warung Kari Kari Ipoh.

Fasha Sandha Masak Lauk Kegemaran Mama, Masak Lemak Udang Galah

Wah sedondon pula keduanya berkebaya biru. Menurut mamanya , lauk kampung di warung tersebut menepati citarasanya. Masakan di sini katanya seperti mana masakan yang ada di Perlis seperti ikan bakar. Paling disukai mamanya ialah Udang Masak Lemak. Rasa masam, pedas yang seimbang dan serasi dengan selera.

Fasha Sandha Masak Lauk Kegemaran Mama, Masak Lemak Udang Galah

IKLAN

Kebetulan semasa Fasha dan mamanya tiba agak lewat maka lauk kegemaran mamanya, udang masak lemak tinggal sedikit dan tidak puas makan. Bagi memenuhi selera mamanya, Fasha ingin masak sendiri lauk kegemarannya. Mereka terus mencari bahan masakan di Pasar Besar Ipoh. Kecoh bila Fasha di dapur sambil dibantu mamanya. Apa yang penting masak untuk mama tersayang pastinya momen yang paling indah.

Fasha Sandha Masak Lauk Kegemaran Mama, Masak Lemak Udang Galah

IKLAN

MASAK LEMAK UDANG GALAH
BAHAN- BAHAN
1 kg udang galah
1 biji bawang besar | kisar
3 bawang putih | kisar
4 cm kunyit hidup | kisar
15 cili api merah | kisar
1 liter santan pekat
3 batang serai | ketuk
1 helai daun kunyit | carik
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kisar dalam kuali, letakkan atas dapur.
2. Kacau rata dan masukkan serai yang telah dititik.
3. Terus kacau hingga mendidih, masukkan asam gelugor.
4. Diikuti dengan udang gala yang telah dibersihkan.
5. Biarkan mendidih dan udang bertukar warna kemerahan.
6. Masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa.
7. Gulai udang sedia dihidangkan.

IKLAN

Fasha Sandha Masak Lauk Kegemaran Mama, Masak Lemak Udang Galah

SAMBAL BELACAN MAMA SANDHA
BAHAN-BAHAN:

3 biji cili merah
3 biji cili padi
2cm belacan
Air asam jawa secukupnya
Garam jika perlu

CARA MEMASAK:
1. Masukkan cili padi dan cili merah dalam lesung batu.
2. Tumbuk hingga sedikit lumat.
3. Tambahkan belacan, tumbuk lagi hingga sebati.
4. Masukkan air asam jawa secukupnya.
5. Sedia dihidangkan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI