Telur sering saja menjadi sajian popular dan harian sekeluarga lebih lebih lagi di kala PKP ini. . Tidak sah jika tidak ada hidangan telur, selain telur dadar biasa, banyak lagi olahan telur yang boleh dijadikan sajian lazat. Pilih sahaja yang mana satu pilihan kamu.
Sesuai musim PKP ni, menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan pasti menjadi pilihan terbaik. Lagi pula kosnya sangat murah dan tidak perlu dok dapur lama-lama.
1. TELUR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
Telur 4biji (ikut la nak guna 2,3bj)
Cili besar merah 2biji *
daun bawang sikit *
Daun sup sikit*
Carrot*
maggie cukup rasa
Garam
CARA MEMASAK:
Cincang halus/potong dadu bahan2 bertanda * masukkan telur,maggie cukup rasa n garam.Kacau sampai sebati,dah boleh masak.(tengok video senang) potong ikut suka hehe..siap dah boleh makan.
Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
Tambahkan sedikit garam.
Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
Kredit resipi: Azlan Rumadi
3. TELUR DADAR DAGING GULUNG
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada putih
50ml santan
1 batang daun bawang | dihiris halus
50gm daging kisar
50gm sayur buncis | dihiris halus
1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar
Garam secukup rasa
Minyak
CARA MEMASAK ISI TELUR DADAR
Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna kemudian diangkat dan ketepikan.
CARA MEMASAKKULIT TELUR DADAR GULUNG
Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati.
Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan.
Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna
Dadar gulung telur siap di sajikan
Di anggarkan 5 buah dadar gulung
Kredit resipi: giladonut
4. MUFFIN TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi)
1 biji tomato yang dipotong dadu
Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah
1/2 cawan keju cheddar
Acuan muffin
Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
Ads
Oleskan acuan muffin dengan butter
Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang
Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.
Bakar di dalam oven sehingga keperangan. Siap… mudah dan ringkas!
1. Rebus telur masin dan potong kecil. 2. Telur padi dipotong kecil. 3. Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar. 4. Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi. 5. Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak. 6. Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan. 7. Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit. 8. Siap dihidang.
Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – 1/2 cawan
CARA MEMASAK :
Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis . Ikan salmon ni di grill . Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan , guna kan api dapur saiz kecil atau sederhana . Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar , tutup semula frying pan . Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak . Bila dah masak boleh la ditutup apid apur dan dihidangkan.
Resipi sambal orang lama perkongsian puan siti ni memang mengimbau kenangan. Sangat mudah disediakan dan sesuai dinikmati bersama nasi panas dan bubur. Selamat mencuba.
Sambal Lontey Pedas ni memang legend saya mula masak sambal ni sejak zaman budak2 lagi.. tahun 70an dulu. Maklum kita orang kampung, kecik-kecik lagi sudah pandai masak sebab mak bapak pagi-pagi sudah ke kebun.. kita lh yg kena masak untuk adik-adik dan untuk bekal ke sekolah..
Resipi Sambal Lontey Pedas
BAHAN-BAHAN:
cili kering
bawang putih
bawang merah
bilis
perasa (aji/maggi cukup rasa/pati bilis dll)
garam n gula
CARA MEMASAK:
bilis cuci n goreng garing toskan.
bwg putih n bwg merah hiris nipis dan goreng garing. toskan.
cili kering potong buang biji, cuci dan goreng garing tapi jgn hangus. toskan.
guna blender kering/lesung batu. kisar/tumbuk setiap satu bhn secara berasingan satu persatu. bilis tu separuh kisar/tumbuk halus separuh kasar. so dpt ler rasa krup krappp tu ya.
campurkan semua dlm mangkuk gaul sebati dan tambah perasa jika suka dan garam (jika kurang masin.. tapi bilis tu kan dh masin) serta sikit gula.
SIAP! boleh mkn dgn nasi panas, bubur nasi, lempeng dan lain-lain.
*sy msk xtambah pun perasa. guna garam gula jerr. rasa bilis pun dh sedap.
sukatan bahan2 tu ikut suka & citarasa
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Bila tiba Hari Raya Aidiladha, pastinya ramai yang tercari-cari menu yang sedap dan mudah yang boleh dimasak menggunakan dagingkorban. Maklumlah ada kalanya jemu juga kalau masak daging korban guna resipi biasa. Sesekali berubah angin, seronok juga. Istimewa buat semua, RASA kongsikan resipi-resipi lauk daging korban yang enak dan pastinya membuka selera. Cubalah. Pasti puas hati.
RESIPI LAUK PAUK MUDAH & SEDAP BOLEH MASAK GUNA DAGING KORBAN
1. ACAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | hiris nipis
1/2 batang timun | buang biji dan hiris memanjang
1/2 batang lobak merah | hiris memanjang
5 ulas bawang putih | belah dua
8 ulas bawang merah | belah dua
2 tangkai cili hijau | belah dua
6 tangkai cili padi | belah dua tapi tak putus
1 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa | jika suka
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 sudu makaan rempah kari
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji sawi | jika suka
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN PENUMIS:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Cuci daging kemudian tos dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
Masukkan hirisan halia,bawang putih dan merah. Kacau seketika.
Diikuti pula dengan pes cili, kacau rata.
Apabila pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau seketika, kemudian masukkan pula daging.
Setelah daging kecut, masukkan timun dan lobak merah.
Seterusnya masukkan cuka, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan Acar Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk dapatkan timun dan lobak merah lebih ranggup, anda boleh rendam hirisan ini dengan air kapur seketika. Kemudian cuci dan toskan sebelum dimasak.
2. KERABU DAGING MENTAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkkan daging korban dari sebarang lemak dan urat.
Hiris nipis kemudian cincang halus.
Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
INFO CHEF: Jika ada suka boleh tambahkan hirisan bunga kantan dan daun kesum untuk aroma dan rasa yang lebih enak.
3. DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK
BAHAN-BAHAN:
1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
6 biji terung telunjuk | belah dua
500ml santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 batang serai | titik
2 hirisan lengkuas | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan daging korban dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging bakar anda boleh gunakan daging salai atau jeruk untuk resipi ini.
4. DAGING KANDAR
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
15 ulas bawang merah | hiris
3/4 cawan puri tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu makan kerisik
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
Renehkan hingga air daging kering.
Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tambahkan hirisan cili padi atau cili besar jika ingin lebih pedas.
5. DAGING KICAP KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
2 batang serai | titik
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan daging korban dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
Daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika daging diperap semalaman, dan daging perap disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang bertutup.
6. RENDANG DAGING DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
1kg santan pekat
5 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
1 ikat daun pegaga | buang tangkai
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daun pegaga boleh tukar dengan pucuk ubi atau daun selom.
7. DAGING MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] potong nipis
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh gula
5cm halia ] hiris nipis dan halus
1 biji bawang besar ] hiris
2 ulas bawang putih ] hiris
1 biji cili merah ] hiris
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
Sedikit air
3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Daging korban diperap bersama sos ikan, minyak bijan dan sedikit gula selama 15 minit. Setelah itu goreng daging dengan api yang besar selama 3-5 minit. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, tumis halia, bawang besar, bawang putih, cili merah hingga naik wangi. Kemudian masukkan cuka, sedikit gula dan sedikit air, anggaran 1-2 sudu makan.
Akhir sekali masukkan semula daging yang telah digoreng dan kacau sebentar. Tutup api.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Jika suka, boleh tambah sedikit jumlah halia supaya lebih terasa halianya.
8. KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
150gm daging
1 biji kentang ] belah empat
1 biji bawang besar ] kisar
2 ulas bawang putih ] kisar
5cm halia ]kisar
1 biji cili hijau ] hiris
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 tangkai daun kari
1 sudu makan serbuk kurma
50ml santan pekat
250ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, daun kari dan cili hijau hingga wangi.
Masukkan santan dan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, ubi kentang dan air. Masak sehingga daging benar-benar lembut dan kentang empuk. Bolehlah ditambahkan air sekiranya daging dan kentang belum cukup masak.
Biar mereneh sehingga kuah agak memekat. Kemudian barulah dimasukkan garam, serbuk pati ayam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar dan tutup api.
Sedia untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapat rasa seperti kurma daging Burma, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang telah dihiris pada lima minit terakhir proses memasak.
9. DAGING MASAK HITAM KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] hiris nipis
10 tangkai cili kering ] kisar
1 biji bawang besar ] kisar
4 ulas bawang putih ] kisar
5 cm halia ] kisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh biji ketumbar ] Tumbuk kasar dan digoreng
2 sudu teh cuka
15ml kicap manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
Daging direbus bersama cuka sehingga daging lembut dan air rebusan tersebut kering. Kemudian gaul daging bersama 5ml kicap serta digoreng sebentar dengan api yang besar selama 3 minit dan angkat. Ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing dan pecah minyak.
Setelah itu masukkan baki kicap manis, serbuk pati ayam dan daging. Kacau sebentar dan tutup api. Tabur biji ketumbar yang telah digoreng ke atas daging.
Siap untuk dihidang.
Info Chef:- Untuk mendapatkan warna daging yang benar-benar hitam, bolehlah ditambah satu sudu teh kicap pekat ke dalam bahann yang ditumis.
10. DAGING MASAK BOMBAY
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] potong nipis dan digoreng separuh masak
50ml pati santan
1 tangkai daun kari
10 tangkai cili kering ] kisar
1 biji bawang besar ] kisar
2 ulas bawang putih ] kisar
5cm halia ] kisar
5cm lengkuas ] kisar
1 batang serai ] kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kari daging
2 sudu makan kicap masin
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang telah dikisar, bersama daun kari, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, serbuk kari daging dan santan. Masaklah hingga pecah minyak.
Setelah itu masukkan kicap masin, gula dan pati ayam, kacau sebentar.
Akhir sekali masukkan daging, kacau selama 2-3 minit dan tutup api.
Sedia dihidang.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana sudah menggunakan kicap masin di dalam resipi. Tetapi terpulang kepada cita rasa masing-masing.
11. DALCA DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
40gm rempah dalca
½ kg daging|dipotong kecil
125gm kacang dhal
350ml santan
2 inci halia
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji kentang
2 biji terung bulat
1 batang lobak merah
2 biji tomato
5 tangkai kacang panjang
Sedikit rempah 3 sekawan
125ml air asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus kacang dhal sehingga empuk.
Sementara itu, kisar bawang merah bersama bawang putih dan halia.
Tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan kisar bersama rempah dalca.
Masukkan daging dan biarkan sampai empuk
Masukkan santan, air asam jawa, kacang dhal dan ubi kentang dan masak hingga empuk.
Kemudian, masukkan terung, lobak merah, tomato dan kacang panjang.
Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih
Info Chef: Kacang dhal hendaklah direbus terlebih dahulu untuk memastikan ia masak lebih sempurna.
12. DAGING SALAI CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 batang daging batang pinang
20gm serbuk kunyit
BAHAN AIR ASAM:
1 biji bunga kantan ] dimayang halus
3 tangkai daun kesum ] dimayang halus
1 biji bawang besar ] dimayang halus
1 biji tomato ] dipotong halus
5 tangkai cili padi ] dipotong halus
200gm asam jawa
300ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan salai @ bakar selama 20 minit.
Kemudian untuk membuat air asam pula, satukan bahan mayang halus, bahan dipotong dadu dan bahan dipotong halus ke dalam bekas bersesuaian.
Setelah itu, gaulkan asam jawa dan air di dalam bekas lain dan tapis. Curah ke dalam bekas berisi bahan-bahan tadi. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, potong daging salai nipis-nipis dan hidangkan bersama air asam.
Info Chef: Aroma daging salai yang harum menjadikannya enak dimakan bersama nasi putih dan aneka ulaman.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...