Enaknya Kacang Kuda Rebus dan Versi Sambal, Mudah Je Buat Sendiri

Share

Asyik betul mengunyah, layankan kacang kuda rebus dengan kacang kuda sambal. Antara dua ini, mana satu menjadi kesukaan?

Jika nak diikutkan, kedua-duanya memang enak untuk dinikmati. Bezanya, bagi yang lebih menggemari rasa aslinya, akan memilih kacang kuda rebus. Manakala pada yang ingin merasai kenikmatan sedikit pedas dan rasa rempah, akan memilih kacang kuda sambal.

Adakala sukar juga nak jumpa kacang kuda rebus dan sambal ini dijual di kebanyakan gerai. Apa kata kita buat je sendiri. Ikuti perkongsian resipi daripada Tuan Adriana Arissa

ini. Percayalah! Hidang saja, berebut-rebut orang yang nak makan.

KACANG KUDA REBUS

BAHAN-BAHAN:

Kacang kuda – Boleh beli online di sini

Serbuk kunyit / pewarna kuning – Boleh beli online di sini

Garam – Boleh beli online di sini

Gula

CARA MEMASAK:

Rendamkan kacang kuda semalaman atau kira-kira 6 jam.

Rendam bersama serbuk kunyit atau pewarna kuning.

Setelah itu, toskan dan bolehlah direbus bersama garam dan gula sehingga empuk. Dah siap!

KACANG KUDA SAMBAL

BAHAN-BAHAN:

Kacang kuda

Bawang merah – Boleh beli online di sini

Bawang putih

Cili kering (dipotong kasar)

Cili kisar – Boleh beli online di sini

Serbuk kari – Boleh beli online di sini

Daun kari

Biji sawi – Boleh beli online di sini

Garam

Gula

CARA MEMASAK:

Rebuskan kacang kuda. (Caranya seperti resipi Kacang Kuda Rebus di atas.)

Tumiskan bahan-bahan sambal dengan sedikit minyak.

Masukkan cili kisar dan serbuk kari.

Tambahkan garam dan juga gula secukup rasa.

Kemudian, masukkan kacang kuda yang telah siap direbus tadi.

Gaulkan sehingga sambal kering.

Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit: Tuan Adriana Arissa

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official 

 

IKLAN