Elak Terpedaya. Ini 5 Ciri Ayam Suntik Air Supaya Timbangannya Lebih Berat.

Share

Bila sebut mengenai ayam suntik, ramai yang gerun.Mana tidaknya, ayam adalah sumber protein yang popular di kalangan masyarakat. Malah ia juga merupakan antara lauk kegemaran anak-anak. Jadi tidak hairanlah kalau hari-hari sang ibu harus beli ayam untuk dimasak.

Namun dalam proses jual beli ini, ada kalanya ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas pengguna. 

Ayam yang kecil tetapi bila ditimbang, beratnya tak masuk dek akal. Pelik kan?

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.

Ianya terjadi apabila peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

gambar hiasan

Biasanya ayam akan disuntik pada bahagian dada, paha dan punggungnya sehingga ayam yang kecil akan kelihatan besar dan gemuk.

Mengikut undang-undang, jika peniaga melakukan perkara ini, mereka harus memaklumkannya kepada pengguna.

Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda. Ini adalah amalan yang tidak patut dilakukan!

Oleh itu sebagai panduan dan makluman kepada pengguna, Public Health Malaysia juga berkongsi tip dan cara-cara untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air.

 

CIRI-CIRI AYAM SUNTIK

  1. Air menitis dengan banyak apabila digantung atau diangkat.
  2. Keluar air dengan banyak apabila dimasak.
  3. Daging mengecut apabila dimasak.
  4. Air bergenang disekitar apabila diletak.
  5. Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat.

 

Kredit info & poster: Public Health Malaysia

IKLAN