Perayaan akhir tahun yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi! ‘Eat Cake Today’ menyambut kedatangan musim perayaan dengan melancarkan aneka jenis kek, kek cawan & kek pop baharu bertema Krismas yang baharu. Para media dan blogger berkesempatan bergambar bersama kek pilihan yang istimewa di samping menyaksikan sendiri demo membuat macaron dan kek buah tradisional.
ECT telah menyenaraikan 10 jenis pilihan di portal eatcaketoday.com untuk menambat selera pelanggannya. Encik Ang Boon Chow, (B.C Ang) Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, menjelaskan semasa pelancaran promosi musim perayaan Krismas/Tahun Baru, ECT ingin menunjukkan penghargaannya dan berkongsi semangat kasih sayang dan saling memberi kepada pelanggan tetap dan juga pengunjung kali pertama portal dalam taliannya dengan menawarkan kek percuma kepada pengguna bertuah. Kami ingin memeriahkan perayaan dengan menyatukan hati sahabat handai, keluarga, dan rakan-rakan sekerja,” jelas Encik Ang.
Ads
Portal Eat Cake Today menawarkan pelbagai pilihan kek berkualiti yang dihantar terus kepada pelanggan dengan cara yang menyenangkan. Semua pihak yang terlibat, daripada perkhidmatan pelanggan dan pembuat kek mahupun kakitangan penghantaran dihubungkan kepada sistem Eat Cake Today menerusi telefon pintar mereka untuk memudah dan menyelaraskan proses pesanan kek dari A ke Z bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan tepat pada masanya. ECT bekerjasama dengan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Disebabkan kemungkinan terdapat pelanggan yang mengalami alahan, ia juga menyenaraikan ramuan yang digunakan untuk semua kek. Untuk kek tanpa gluten dan vegan, pelanggan boleh mendapatkan kek daripada Baked KL yang turut disenaraikan sebagai pembekal.
Ads
Satu kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya menghantar kek pada hari pesanan dibuat, menjanjikan penghantaran segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek dibuat khusus dari rumah, kedai kek tempatan, kafé bakeri dan lain-lain. Pilihan kek yang dipaparkan dalam laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan masa yang diperlukan untuk membuat dan menghantar kek, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula daripada RM40 kepada RM321 setiap satu dan tidak termasuk caj penghantaran.
Ads
Eat Cake Today juga mempunyai 4 kedai kek yang disahkan halal oleh JAKIM – iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today menawarkan kek yang boleh ditempah khas mengikut kemahuan pelanggan.
Eat Cake Today adalah salah satu calon CIP 300 yang terpilih di bawah program pembiayaan Cradle Fund (di bawah Kementerian Kewangan) untuk memulakan perniagaan berasaskan teknologi dan membangunkan serta mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Malaysia penuh dengan rasa yang enak dan menyelerakan. Adunan pelbagai ramuan serta rempah menjadikan makanan negera ini makin dikenali serta digemari ramai bahkan menjadi bualan masyarakat di luar negara. Selain penggunaan bahan mentah yang segar dan berkualiti, pemilihan daging juga amat penting dalam penghasilan sajian yang memukau selera.
Bersempena Webinar Halal Integrity of Australian Beef and Lamb from Farm to Table, Chef Jason Mansontelah berkongsi 3 resipi istimewa menggunakan daging dari Australia yang pastinya memenuhi cita rasa dan selera tempatan.
Webinar ini juga turut menampilkan 3 orang speaker yang memberi penerangan lanjut mengenai daging lembu & kambing Halal dari Australia iaitu Encik Sanjay Boothalingam dari Australian Agriculture Counsellor, Australian High Commission, Encik Terry Nolan, wakil dari Australian Meat Industry Council (AMIC)dan Cik Valeska Valeska, Regional Manager for Southeast Asia, Meat & Livestock Australia.
1. AUSTRALIAN BEEF RENDANG (RENDANG DAGING)
BAHAN-BAHAN: 500gm kiub daging lembu Halal Australia 1 kuntum bunga lawang 1 keping kulit kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 2 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut – hiris nipis 4 sudu makan kerisik 4 sudu makan gula melaka / gula kabung Garam secukup rasa 1 cawan minyak masak 1 cawan santan
BAHAN KISAR: 7 biji bawang merah 10 ulas bawang putih 4 inci halia 2 inci kunyit segar 2 inci lengkuas 5 batang serai 6 tangkai cili merah
BAHAN SANGAI/GORENG TANPA MINYAK: ½ sudu teh jintan manis ½ sudu teh jintan putih ½ sudu teh biji ketumbar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan periuk saiz sederhana dan masukkan minyak masak. 2. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar bersama bahan-bahan yang disangai. 3. Tumis dan kacau semua bahan hingga mula naik bau. 4. Masukkan daging yang telah dipotong kiub dan gaul sebati bersama rempah tumis tadi. Masukkan juga daun kunyit. 5. Bila daging kelihatan sebati bersama rempah, masukkan santan dan kacau sebati. Masak guna api sederhana hingga daging lembut dan empuk. 6. Bila daging sudah masak, tambahkan kerisik dan juga daun limau purut. Perasakan dengan gula melaka yang telah diparut dan juga garam secukupnya.
2. CHEF JASON’S AUSTRALIAN BEEF SOTO (SOTO DAGING)
BAHAN-BAHAN: 400gm kepingan daging lembu Halal Australia – hiris nipis 750gm bihun – dicelur 150gm timun – hiris nipis 150gm tauge – buang akarnya 5 biji telur – rebus 50gm hirisan ketumbar – untuk hiasan 50gm hirisan daun bawang – untuk hiasan 3 biji limau – potong dua 2 sudu makan minyak masak
BAHAN AIR REBUSAN DAGING : 1.5 liter air 6 kiub pati daging 1 uncang sup bunjut
BAHAN KISAR: 3 batang serai 3 biji bawang merah kecil 2 inci halia 2 ulas bawang putih 2 ketul kunyit segar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak. 2. Bila bahan kisar telah masak, masukkan air rebusan daging dan masak lagi hingga mendidih anggaran 10-15 minit. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh. 3. Untuk menghidang, masukkan bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk bersama hirisan timun dan tauge. 4. Ambil hirisan daging, celur seketika di dalam sup panas selama 1 minit dan letakkan di dalam mangkuk berisi bihun tadi. 5. Tuang 1-2 senduk kuah sup panas ke dalam mangkuk. 6. Hiaskan dengan hirisan ketumbar, daun bawang, bawang goreng dan juga limau.
3. STIR-FRIED AUSTRALIAN BEEF WITH BELIMBING BULUH (DAGING GORENG BERSAMA BELIMBING BULUH)
BAHAN-BAHAN: 300gm kepingan daging lembu Halal Australia 200gm Belimbing Buluh – potong dua 100gm Taucu 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan kicap cair 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan gula 3 biji bawang merah – potong baji nipis 3 biji cili padi merah – hiris 2 ulas bawang putih – cincang ½ cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan taucu, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan gula. Tumis hingga wangi. 2. Kemudian masukkan hirian daging. Kacau hingga sebati bersama sos. 3. Tambahkan hirisan cili dan bawang merah. Goreng selama 2 minit. 4. Akhir sekali, msukkan belimbing buluh. Goreng lagi selama 1 minit. 5. Hiaskan dengan hirisan cili merah dan hidangkan bersama nasi panas.
Wow…Nampak sedap kan? Masak menggunakan daging lembu dan kambing Halal dari Australia ini ternyata lazat dan berkhasiat. Nak masak menu Asia lain atau masakan Barat pun boleh menggunakan daging dari Australia ni. Ini kerana dagingnya yang berkualiti, segar dan lembut. Malah bagi orang muslim, tidak perlu lagi rasa was-was bila menikmatinya.
NIKMATI DAGING HALAL AUSTRALIA TANPA RAGU
Australia adalah pembekal daging dan produk daging yang dipercayai malah telah membekalkan produk daging lembu dan kambing halal ke lebih 100 buah negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.
Peka akan kepentingan ‘Halal’ dalam sumber makanan masyarakat Muslim, haiwan ternakan di negara ini dipastikan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh undang-undang Islam.
Di Autralia, haiwan ternakan dibela dengan baik dalam persekitaran yang bersih dan bebas dari penyakit. Haiwan-haiwan ternakan dibiarkan merumput secara bebas di padang ragut. Ini adalah selaras dengan undang-undang pihak berkuasa tempatan bagi menjaga kebajikan haiwan ternakan. Maka tidak hairanlah Australia mampu menghasilkan daging lembu dan kambing Halal yang berkualiti tinggi secara konsisten.
Baru-baru ini satu kajian oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah mendedahkan bahawa haiwan yang dibesarkan dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan akan menghasilkan daging berkualiti yang konsisten, lebih bersih, selamat dan berkhasiat menjadikan daging-daging ini pilihan terbaik untuk dinikmati oleh para pengguna.
MACAM MANA DAGING UNTUK PASARAN MALAYSIA DIPROSES?
Semua lembu, biri-biri dan kambing yang diproses di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih oleh orang Islam bertauliah di bawah Program Halal Selia Kerajaan Australia (Australian Government Supervised Halal Programme). Ia adalah salah satu program yang diselia oleh Jabatan Pertanian Persekutuan (Federal Department of Agriculture) di Australia.
Selain itu, semua kemudahan pemprosesan di Australia hanya menggunakan penyembelih Muslim yang berdaftar dan terlatih dari Halal Certifying Bodies yang diiktiraf dan diluluskan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Sebelum diimport ke Malaysia, daging akan diperiksa dengan teliti supaya mematuhi standard Halal oleh wakil-wakil yang dilantik. Terdapat juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi malah setiap penghantaran dilengkapi dengan sijil Halal dan sijil Kesihatan.
Oleh itu tidak perlu lagi ragu-ragu untuk membeli dan menikmati seleksi daging Halal dari Australia ini. Macam-macam menu boleh disediakan dan pastinya bakal menggembirakan seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa sangka, bahan dapur untuk kesihatan yang kita guna setiap hari sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat luar biasa? Tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada suplemen mahal, ada beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu menjaga tubuh dengan cara yang lebih selamat, mudah dan tradisional.
Menariknya, kebanyakan bahan ini sudah pun tersedia di dapur kita. Ia bukan sahaja menyedapkan masakan, tetapi juga boleh bertindak sebagai “ubat” semula jadi untuk menyokong kesihatan harian.
Berikut adalah 5 bahan dapur untuk kesihatan yang bukan sahaja menyedapkan makanan, tetapi juga memberi manfaat kepada tubuh kita.
Halia sudah lama digunakan dalam amalan tradisional sebagai bahan untuk menghangatkan badan dan melancarkan penghadaman. Ia sangat popular dijadikan minuman, terutama ketika badan terasa tidak selesa.
Halia dipercayai dapat membantu:
Air rebusan halia atau teh halia panas sering menjadi pilihan ketika cuaca sejuk atau ketika badan kurang sihat. Rasanya yang sedikit pedas tetapi menenangkan menjadikannya antara minuman “healing” yang digemari ramai.
Kunyit bukan sahaja memberi warna kuning yang menarik dalam masakan, tetapi juga kaya dengan bahan aktif yang dikenali sebagai kurkumin. Ia menjadikan kunyit antara bahan dapur untuk kesihatan yang sangat bernilai.
Kunyit dikaitkan dengan manfaat seperti:
Ramai yang mengamalkan air kunyit atau susu kunyit sebagai minuman kesihatan. Selain itu, kunyit juga digunakan dalam masakan harian seperti gulai dan rendang, menjadikannya mudah diamalkan tanpa perlu usaha tambahan.
Bawang putih terkenal dengan aromanya yang kuat, tetapi di sebalik itu, ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Ia sering dianggap sebagai “antibiotik semula jadi” dalam kategori bahan dapur untuk kesihatan.
Antara manfaat bawang putih:
Penggunaannya sangat mudah boleh dimasukkan dalam hampir semua jenis masakan. Ada juga yang mengamalkan makan bawang putih mentah dalam jumlah kecil untuk mendapatkan manfaat maksimum.
Serai bukan sekadar bahan perisa dalam masakan, tetapi juga mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan dalaman. Ia menjadikan serai salah satu bahan dapur untuk kesihatan yang sering diamalkan secara tradisional.
Air rebusan serai sering diamalkan kerana:
Selain diminum, aroma serai juga digunakan dalam aromaterapi kerana baunya yang segar dan menenangkan. Ia memberi kesan relaks, terutama selepas hari yang penat dan sibuk.
Daun pandan biasanya digunakan untuk memberi aroma wangi dalam makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih. Namun, khasiatnya tidak terhenti di situ dan menjadikannya pelengkap bahan dapur untuk kesihatan.
Daun pandan dipercayai:
Air rebusan daun pandan sering diminum untuk tujuan kesegaran dan ketenangan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai pewangi semula jadi di dapur atau dalam rumah.
Bahan dapur untuk kesihatan yang kita anggap biasa sebenarnya mempunyai nilai yang luar biasa. Halia, kunyit, bawang putih, serai dan daun pandan bukan sahaja menambah rasa dalam masakan, tetapi juga boleh menyumbang kepada kesihatan tubuh secara semula jadi.
Walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak manfaat, ia tetap perlu diamalkan secara sederhana dan konsisten. Jadikan ia sebahagian daripada gaya hidup harian bukan sekadar digunakan ketika sakit sahaja.
Kadang-kadang, “ubat” terbaik sebenarnya sudah pun ada di dapur kita. 🌿✨
Sebentar tadi menerusi siaran langsung Perutusan Khas COVID-19, Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin telah mengumumkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 di negara ini.
Antara intipati perutusan adalah seperti berikut:
Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.
Tugas pengesanan peserta dan kontak rapat kepada peserta yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.
Mohon semua untuk memberikan kerjasama. Kita mampu mencegah penularan jangkitan COVID-19.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
EPIDEMIK
PANDEMIK
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA ( setakat 16/3/2020)
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Bahaya donat berkait rapat dengan kandungan gula, lemak dan kalori yang tinggi. Ketahui kesan pengambilan berlebihan terhadap berat badan, kesihatan jantung, diabetes dan cara menikmatinya dengan lebih sihat.