Durian Belanda Muda Goreng, Sedap Dan ‘Rare’

Share

Durian Belanda muda goreng. Cara goreng sama macam kita nak goreng keledek. Pernah makan durian belanda goreng? Ini salah satu lagi makanan yang ‘rare’.

Kalau tak pernah, baik cuba makan. Sedap. Tau. Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Faizah Husain ini. Selamat mencuba!

Durian Belanda Muda Goreng

Bahan-bahan:

Durian Belanda muda 

2 sudu tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu tepung jagung – boleh beli online di sini
Sesudu tepung beras – boleh beli online di sini
1 sudu teh gula – boleh beli online di sini
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Kupas kulit buah durian belanda. Kemudian dihiris. Cantik warna dan coraknya kan? Boleh tengok pada gambar. Ketepikan.

Untuk membuat adunan tepungnya, campurkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, garam dan gul secukup rasa. Tambah air. Kacau rata. Campuran ini memang sedap.rangup tapi tak keras.

Bubuh hirisan durian Belanda ke dalam adunan tadi dan biar ia bersalut rata.

Panaskan minyak dalam kuali. goreng buah durian Belanda hingga masak. Angkat dan toskan. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN