Durian Belanda Goreng, Menu Minum Petang Yang Pelik Tapi Sedap

Share

Selalu minum petang orang akan pilih menu Pisang Goreng tapi kalini memang lain dari yang lain sebabnya Durian Belanda Goreng pula menjadi pilihan menu minum petang. Saya tahu pasti ramai yang tak pernah tahu pun Durian Belanda boleh digoreng juga. Sesuai juga dimakan bersama sambal kicap pedas. 

Resipi lengkap telah dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat di Facebook. Kalau teringin nak rasa macam mana rupa Durian Belanda Goreng tu bolehlah cuba resipi ni. Jom cuba!

 

DURIAN BELANDA GORENG

 

BAHAN-BAHAN:

Bahan-Bahan Bancuhan Tepung:

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung beras

2 sudu besar Planta

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil garam

Air

Cara Penyediaan Bancuhan Tepung:

  1. Bancuhkan kesemua bahan di atas dengan bancuhan yang tidak cair dan pekat sedang-sedang sahaja.
  2. Letakkan minyak yang kuantiti banyak dan boleh goreng dengan sempurna.

Bahan-Bahan Sambal Kicap:

  • Sedikit kicap manis
  • Cili api (mengikut kepedasan)
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit kiub ayam

Cara Penyediaan Sambal Kicap:

 

  1. Semua bahan dikisar dan masak sekejap di atas api yang perlahan.
  2. Letakkan di dalam mangkuk.

Kredit: Noriza Awang Hamat

 

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

IKLAN