Ads

Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah

Mulai hari ini syarikat dan pejabat sudah mengarahkan pekerja bekerja dari rumah . Inilah masa untuk anda menyusun jadual kerja sebaik-baiknya sambil mempunyai lebih masa bersama keluarga di rumah. Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.

Mudah kata usahlah keluar merayau tanpa sebab penting, elakkan ke tempat awam atau tempat yang ramai orang.Lebih-lebih lagi usahlah balik kampung.Kesian orang tua kat kampung tu, mereka lebih mudah terdedah kepada serangan penyakit dan wabak COVID 19 .

Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah

Hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil Perintah Kawalan Pergerakan ini secara serius. Duduklah di rumah dan jarakkan diri dari orang lain.

Katanya, ” Jika rakyat Malaysia masih terus mengambil sikap tidak kisah Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang ketiga virus tersebut yang akan menjadi lebih besar daripada tsunami.

Ads

Bantulah KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan memainkan peranan anda kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi kesihatan diri dan keluarga”.

Sumber : Malaysia Gazette

Ads
Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah
Kasihanilah petugas KKM dan pihak hospital yang bekerja bertungkus lumus dengan waktu kerja yang panjang.

Jadi bagi anda semua yang dapat arahan bekerja di rumah , jalankan tanggungjawab anda sepertimana yang anda lakukan bila di pejabat. Ini bukan masanya untuk keluar bercuti atau keluar bersiar-siar. Bertenanglah di rumah tak payah susah-susah ke balai untuk isi borang balik kampung .

Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah
Sindiran pedas ni, tapi jelas mesejnya

Bercerita pasal bekerja di rumah,ingat hari ni bukan hari cuti ya. Buat kerja ofis di rumah, nah ini lima tip bekerja dari rumah yang boleh dijadikan panduan dan kekal berhubung.

Ads

Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah

Duduklah Di Rumah Demi Keselamatan, Ini Masa Bekerja Dari Rumah

Sumber : Astro Awani

Grafik : KKM

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Goreng Seafood Sotong Paling Padu, Guna Perencah Segera Tapi Rasa...

Nasi Goreng Seafood Sotong yang mudah dan sedap ini dimasak menggunakan perencah segera. Rasa padu seperti restoran, sesuai untuk menu makan malam keluarga.