Baru-baru ini, Secret Recipe telah melancarkan dua kek perisa baharu iaitu Red Velvet dan Sweet Potato. Dua jenis kek ini tersenarai dalam Koleksi Kek Platinum Secret Recipe. Dua jenis kek ini hanya boleh didapati dalam bentuk kecil yang berharga RM 78.00 (DINE IN RM 85.35).
Seperti kita semua tahu, perisa Red Velvet dari Secret Recipe memang terkenal dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasa keju krim yang terdapat dalam lapisan Red Velvet tu sentiasa menjadi kegilaan ramai.
Ads
Manakala perisa Sweet Potato akan dijual dalam 680gm lebih berat berbanding Red Velvet. Kesistimewaan kek Sweet Potato ini pastinya rasa sweet potato tu sendiri yang menjadikan kek perisa ini lain dari yang lain. Setiap lapisan kek span ungu di selang-selikan bersama keju krim, kelapa dan juga coklat putih yang dijamin memberikan rasa lemak berkrim yang takkan jemu bila dimakan.
Ads
Ads
Tunggu apa lagi? jom ke Secret Recipe terdekat dan rasailah sendiri dua menu Kek Platinum Red Velvet dan Sweet Potato.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Fakta menarik tentang bubur lambuk yang ramai tak tahu. Bubur lambuk adalah juadah istimewa yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik keenakan dan tradisi penyediaannya, terdapat pelbagai fakta menarik tentang hidangan ini. Berikut adalah beberapa fakta unik mengenai bubur lambuk yang mungkin mengejutkan anda!
Ramai yang tidak tahu bahawa bubur lambuk yang terkenal di Malaysia dipercayai bermula di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sejak sekian lama, bubur ini dimasak dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai setiap kali Ramadan.
Tradisi ini kemudian berkembang ke seluruh negara, menjadikan bubur lambuk sinonim dengan bulan puasa. Tahniah kepada AJK masjid yang terawal membuat inisiatif baik ini sehingga menjadi aktiviti sedekah popular seluruh negara. Jika ada yang mengatakan bahawa mungkin ada juga masjid lain yang lebih awal melakukannya, namun projek bubur lambuk masjid Jamek Kampung Baru adalah yang paling konsisten dan sistematik.
Walaupun bubur lambuk di Kuala Lumpur terkenal dengan rasa rempah yang kaya, beberapa negeri di Malaysia turut mempunyai versi mereka sendiri. Contohnya: Bubur Terengganu & Kelantan menggunakan santan dan lebih berkrim. Johor pula menggunakan daging dan rempah khas seperti rempah sup. Manakala Sabah & Sarawak menambah makanan laut sebagai bahan utama.
Apa yang pasti, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri, menjadikan pengalaman menikmati bubur lambuk lebih menarik! Betul tak?
Salah satu keistimewaan bubur lambuk adalah cara penyediaannya yang melibatkan gotong-royong masyarakat atau rewang. Dari menyiapkan bahan-bahan hingga mengacau bubur dalam periuk besar, semua dilakukan bersama-sama. Ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menjadi simbol perpaduan umat Islam ketika Ramadan.
Walaupun nampak ringkas, bubur lambuk sebenarnya adalah hidangan yang lengkap dari segi nutrisi. Ia mengandungi karbohidrat dari beras untuk tenaga. Ada juga sumber protein dari daging atau ayam. Tidak ketinggalan juga vitamin dan mineral daripada pelbagai rempah serta sayur-sayuran.
Tidak hairanlah ia menjadi makanan pilihan ketika berbuka puasa kerana mudah dihadam dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Di sesetengah tempat, terdapat pantang larang tertentu dalam penyediaan bubur lambuk. Contohnya, ada yang percaya bahawa jika seseorang dalam keadaan marah atau tidak ikhlas ketika memasak, bubur yang dimasak akan menjadi kurang sedap. Oleh itu, mereka yang memasak bubur lambuk sering diingatkan untuk memasak dengan hati yang tenang dan penuh keikhlasan.
Ramai yang menyangka bubur lambuk perlu dimakan segera kerana ia cepat basi. Namun, jika disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula dengan cara yang betul, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari tanpa kehilangan rasanya. Dalam dunia moden hari ini, panaskan semula bubur lambuk dalam microwave. Tak perlu tambah air.
Bubur lambuk bukan sekadar makanan berbuka puasa, tetapi juga lambang perpaduan, tradisi, dan sejarah masyarakat Islam di Malaysia. Dari kisah asal usulnya hinggalah keunikan resipi di setiap negeri, bubur lambuk terus menjadi simbol Ramadan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Jadi, apabila anda menikmati semangkuk bubur lambuk nanti, ingatlah bahawa ia lebih daripada sekadar bubur – ia adalah warisan budaya yang penuh makna!
Tapi, kepada anda yang teringin sangat makan bubur lambuk yang team RASA sediakan bersama para perwira negara, apa kata datang memeriahkan program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira pada 22 Mac 2025 (Sabtu) di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bermula jam 12 tengahari hingga berbuka puasa. Hampir 8000 bubur lambuk akan diedarkan. Ini merupakan program CSR tahun ketujuh anjuran RASA, portal masakan #1 tanahair.
Ada banyak juga aktiviti menarik seperti demo masakan, tazkirah Ramadan, beramah mesra dengan para tentera serta boleh juga temui selebriti terkenal tanahair.
Edaran bubur akan bermula pada jam 5 petang ke atas. Selain itu anda juga boleh berbuka puasa santai bersama keluarga dan teman-teman di Dataran Merdeka sambil meyaksikan pameran pelita-pelita gergasi di Dataran Merdeka sempena malam tujuh likur. Ada 1000 makanan percuma turut diberikan selain pelbagai hidangan berbuka dijual oleh pengusaha food truck. Tambah menarik, pengunjung bertuah juga akan menerima sample makanan dan produk daripada para penaja program ini. Jumpa di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat kali pertama, pihak portal majalah RASA dengan kerjasama HAVOC bakal mengadakan RASA Layan Curry Fiesta sempena sambutan Hari Malaysia. Kalau dah namanya fiesta makanan, tentunya terdapat pelbagai jenis makanan yang ditawarkan kepada para pengunjung.
Siapa yang tak teruja apabila dapat menikmati lebih 300 pilihan makanan yang enak. Terdapat beberapa pengusaha nasi Kandar popular serta lebih 150 usahawan makanan viral masa kini boleh didapati di sini.
Dalam kata lain, RASA Layan Curry Fiesta merupakan pesta makanan yang memenuhi cita rasa dan selera semua tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Kenapa kari? Seperti yang kita sedia maklum,hidangan kari merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kari mampu menyatukan semua. Sejak kecil lagi, kita sudah didedahkan dengan hidangan kari. Ia sudah sebati dengan kehidupan kita.
Antara vendor yang bakal memeriahkan RASA Layan Curry Fiesta adalah Nasi Kandar Express, Hameediyah, Maa’tham Nasi Kandar, Nasi Kenduri, Nasi Ganja Cik Senah Kitchen, Arieni Roti Jala dan banyak lagi. Fiesta ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh terkenal tanah air seperti Ojen Aiwahh, Wafi, Akiddos, Lia Maisara, Nasi Maqloba, dan Asfan Shah yang akan mengadakan persembahan, berniaga di booth, serta sesi ramah mesra dengan pengunjung.
Jom datang beramai-ramai ke RASA Layan Curry Fiesta yang akan berlangsung pada 5 – 8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam. Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Segala hidangan yang enak bermula dari dapur. Setiap hari, para ibu merupakan antara individu yang sibuk di dapur demi menyediakan juadah yang segar, sedap dan bernutrisi lengkap buat keluarga tercinta. Bangun awal pagi untuk memasak merupakan salah satu cabaran terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.
Namun begitu, mereka tetap memberikan yang terbaik dalam setiap hidangan yang disediakan. Dek kerana air tangan para ibu inilah yang membuat kita sentiasa teringat-ingat akan keenakan masakan mereka. Dapur menjadi bukti kasih sayang seorang ibu terhadap ahli keluarganya.
Bukan hanya ibu di rumah, para peniaga yang mempunyai gerai kecil, restoran atau cafe juga sentiasa mahu menghidangkan sajian yang terbaik buat para pelanggan menerusi ilmu serta kepakaran yang mereka ada. Mungkin hasil usaha mereka tidak terlihat di mata, tetapi mereka yang berada di dapur inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hidangan serta cita rasa.
Mereka yang digelar ‘perajurit dapur’ inilah yang ‘bertempur’ di dapur demi memenuhi selera rakyat Malaysia yang pelbagai rasa. Makanan jugalah yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Siapa saja yang boleh menolak jika dihidangkan nasi lemak, roti canai atau teh tarik di depan mata? Ia merupakan hidangan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
Dalam menyediakan hidangan yang enak, pelbagai jenama produk masakan yang digunakan termasuklah SAJI. SAJI memahami kehendak para penggunanya dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti minyak masak, santan, krimer pekat manis, garam, sos, kicap dan mayonis. Memang mudah apabila menggunakan rangkaian produk dari SAJI ini. Masakan juga jadi lebih lazat.
Sempena bulan kemerdekaan ini, SAJI dengan berbesar hati ingin meraikan para ‘perajurit dapur’ yang telah berjuang di dapur demi memenuhi selera keluarga dan rakyat Malaysia melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan ‘Perajurit Dapur’. Perjuangan mereka telah memberi inspirasi kepada SAJI untuk meraikan serta memberi penghargaan terima kasih kerana memilih rangkaian produk SAJI sebagai rahsia untuk melazatkan rasa.
Kempen Pelancaran SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini bakal berlangsung pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2023 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Lot 10, Bukit Bintang. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang hari termasuklah produk sampling, mini games, Pertandingan Tebar Roti Canai dan Sembang Teh Tarik.
Selain itu, anda turut berpeluang untuk bertemu dengan pempengaruh serta selebriti tanah air seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam dan Atu Zero. Jom datang beramai-ramai dan meriahkan lagi kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/
Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Baik kurma fresh, sejuk beku atau kering, Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli.