Donut Super Gebu, Jom Cuba Creamy Milk Donut Ala Korea

Share

Dah biasa makan bomboloni kan? Kali ini kita ubah sikit. Kita buat Creamy Milk Donut yang terkenal di Korea.

Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, memang sangat sedap! Donut super gebu, lepas itu dengan inti yang lemak berkrim.

Perghhh, makan sambil pejam mata uii. Hias pula dengan gula warna warni untuk anak anak. Kosong untuk ibu dan ayah.

Donut ini sedap, gebu dan lembut macam awan. Tapi, istimewanya inti di dalam yang rasa lemak berkrim disukai ramai. Anak-anak pakat teruja tengok donut montok. Makan seketul memang tak cukup.

 

CREAMY MILK DONUT

BAHAN-BAHAN:

1 biji kuning telur


30gm dairy whipping cream
5gm yis – beli online di sini
50gm gula
1 sudu besar susu tepung
Secubit garam
300gm tepung roti – beli online di sini
120gm susu segar
30gm mentega – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan bahan dalam bread maker. Whipping cream tu rahsia donut kita gebu gebas.


2. Masukkan tepung roti dan susu segar. On kan bread maker anda. Set kan pada uli ya.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Bila nampak adunan kasar sudah terbentuk, masukkan 30gm mentega ya.


4. Adunan yang dah siap diuli. Kita biarkan dia kembang 2 kali lipat.


5. Tengok adunan dah naik gebu seperti dalam gambar. Ini lebih kurang 1 jam ye.


6. Buangkan angin dalam adunan tadi. Dah kempis balik.
7. Kemudian, bahagikan mengikut berat yang diinginkan. Saya buat setiap doh berat 25g dan dapat hampir 20 ketul.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


8. Kemudian, bulat-bulatkan dan rehatkan doh selama 15 minit.
9. Panaskan api. Goreng dalam minyak yang panas tapi api kecil ya.


10. Apabila digoreng, jika donut bergelang seperti dalam gambar, ini salah satu tanda donut kita gebu tau. Angkat dan toskan.

 

BAHAN INTI:

30gm gula*
Secubit garam*
10gm tepung jagung* – beli online di sini
300gm susu segar*
100gm non dairy whipping cream

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan bahan bertanda * dalam periuk. Hidupkan api ya.


2. Kacau adunan atas api yang kecil sampai pekat. Bila adunan timbul buih-buih kecil, itu adunan dah mula memekat. Matikan api ya. Sejukkan.


3. Di dalam bekas lain, pukul non dairy whipping cream sampai kental.


4. Masukkan adunan kastard susu tadi. Kacau sebati, inti dah ready.

CARA HIDANGKAN DONUT:

Belah 2 donut tapi jangan sampai putus ye. Bubuh inti di tengah seperti dalam gambar. Hiaskan dengan hiasan pilihan. Kosong gini pun dah sedap sangat dah.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN