Donut Pisang Ni Sekali Makan Gerenti Tak Cukup Satu

Share

Rata-rata kini kuih donut menjadi viral bermula dengan donut susu, donut red velvet, donut pelangi dan macam macam lagi. Kena cuba juga buat donut pisang, harum aroma bau pisang dan rasanya memang sedap. Wangi dan rasa berlemak, jangan risau tak manis rasanya menepati tekak.

Donut Pisang

 

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)
2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi)
2 cawan susu pisang (farm fresh/dutch lady)
Emulco pisang kuning/putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak saja, tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain)

Cara membuat:
1.Masukkan tepung,majerin,mauripan,susu pekat, gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang, gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air atau lebihan susu pisang. Uli sehingga kembang. Biarkan doh seketika.

3.Kemudian dah boleh mendonat, goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut saya akan terbalikkan 2x sahaja dan angkat.

4. Dah sejuk gaul gula icing. Siap untuk dihidang.

Kredit: SuiSan Aliezsha

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN