Donut memang menjadi kegemaran ramai. Buat untuk kudapan minum petang pun sedap. Kadang kala nak membuat donut ni sering kali gagal. Jadi nak buat donut yang simple dan tak perlu perap, boleh ikut resepi ni.
Donut anti gagal
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
1/2 peket yis yang 11gm
1 sudu makan ovallette (kalau ovallette taka da, gandakan kuning telur)
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula
1 sudu makan planta, kalau tak ada guna minyak
Secubit garam
Ads
Air (1 cawan dulu)
Cara membuat:
1.Mula-mula larutkan 1 cawan air suam, yis, gula.Biarkan seketika.
3.Kemudian tuang larutan yis tadi.Uli sampai doh tak lekat dekat tangan. Kalau doh keras lagi boleh la tambah sikit-sikit air. Saya tak PERAP doh. Terus canai bentuk donut.Kalau tak ada boleh tekap guna mulut cawan, untuk tengah guna penutup botol mineral atau penutup botol minyak 1kg. Jangan lupa tabur tepung dekat talam. Bagi doh tak lekat nanti bila ia dah kembang.
4.Lepas siap canai, biarkan dulu kembang kejap dalam 10 ke 15 minit.Kemudian boleh goreng.
5.Untuk adunan ni,boleh dapat dalam 30 biji donut comel-comel.Tapi kali ni buat dua versi. Separuh letak inti kacang merah dan separuh lagi buat donut biasa.
Suka makan popiabasah? Asyik beli je di pasar malam, lepas ni bolehlah cuba buat sendiri. Tak susah pun. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni. Memang mudah dan senang untuk dihasilkan. Anda boleh cuba nanti.
CARA BUAT POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air.
Tutup adunan dan perap 30 minit.
Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper@ non-stick. Ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat.
BAHAN SOS POPIA:
12@14 cili kering – buang biji, rebus dan toskan. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2-3 sudu makan gula perang
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
Minyak untuk menumis
CARA-CARA BUAT SOS:
Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN-BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang jika suka- hiris nipis @ memanjang
Tauge- bersihkan
1/2 biji kubis – racik halus
1 batang lobak merah – hiris memanjng
Segenggam udang – buang kepala & ekor. Potong kecil
1/2 biji bawang besar – cincang halus
2 ulas bawang putih – cincang halus
Udang kering – tumbuk halus
Garam dan minyak untuk menumis
CARA-CARA SEDIAKAN INTI:
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
Masukkn kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. (masak sekejap sahaja bahan inti ini)
BAHAN TABUR:
Kacang tanah – disangai, buang kulit dan tumbuk
Udang geragau kering – disangai dan tumbuk halus.
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN POPIA BASAH:
Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
Masukkan inti dan gulung kemas. Buat sampai habis.
Tuangkan sos di atas popia tadi dan letakkan bahan tabur. Sedia untuk dinikmati.
Kuih Ang Ku atau kuih kura-kura merah ini antara kuih tradisi Cina yang popular. Malah ia turut digemari oleh ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa.
Cuma bagi kaum Melayu dah tentu mementingkan pembuatan dari sumber yang halal. Bagi yang teringin menikmatinya boleh cuba buat sendiri. Inti paling popular adalah kacang, biasanya dihidang dalam bentuk leper bulat di atas daun pisang memang klasik!
Resipi ini menggunakan bahan mudah seperti tepung pulut, kentang lenyek dan pewarna merah untuk doh, manakala intinya pula dibuat daripada kacang tanah goreng yang dikisar halus. Teknik kukusan dan tip supaya kuih tidak melebar juga dikongsi untuk hasil kuih Ang Ku yang cantik dan tahan lama. Jom cuba!
Resipi Kuih Ang Ku
Bahan-Bahan Inti
200g kacang tanah (digoreng tanpa minyak, kemudian dikisar halus)
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh garam
Bahan-Bahan Doh
100g kentang (direbus, ditos dan dilenyek halus)
200g tepung pulut
2 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak jagung
½ sudu teh pewarna merah
135g air
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan doh, gaul dan uli hingga sebati dan boleh dikepal. Timbang doh seberat 15g setiap satu untuk hasil yang sekata.
2. Gaul kacang tanah kisar bersama gula, garam dan minyak jagung hingga menjadi inti yang boleh dikepal.
3. Ambil seketul doh, leperkan dan isikan inti. Bulatkan semula dan tekan sedikit leper. Susun atas daun pisang yang telah dipotong ikut saiz dan dioles sedikit minyak.
4. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Kukus kuih selama 10 minit dengan api sederhana. Setiap 3 minit, buka penutup kukusan untuk elak kuih melebar terlalu banyak.
5. Setelah masak, terus sapukan minyak jagung pada permukaan kuih agar kelihatan berkilat dan tidak melekat antara satu sama lain.
Tip Ekstra
Pastikan kacang tanah disangai hingga betul-betul rangup untuk hasil inti yang wangi dan tahan lama.
Boleh simpan kuih dalam bekas bertutup pada suhu bilik jika mahu makan dalam masa sehari. Jika lebih lama, simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula sebelum makan.
Bunga Cica bukan sekadar cantik dan berbau harum tetapi ia juga boleh digunakan sebagai bahan masakan. Biasanya bunga cica ini banyak terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Bunga cica ini ‘hadir’ mengikut musim. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan. Bau bunga cica yang wangi, menambah selera ketika menikmati lepat yang dicampur dengan bunga cica. Ini resipi cara buat Lepat Bunga Cica yang dikongsikan oleh Anna Aqiesya
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!