DIY Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Gerenti Anak-Anak Suka!

Share

Suka  bergedil? Ini  versi baru  hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn dan bulat bentuknya, gerenti anak-anak suka. Sedap dan senang cara membuatnya.  Elok sangat kalau dijadikan bekal anak ke sekolah  atau untuk anda sendiri ke pejabat. Kalau buat banyak boleh difrozenkan. Bila-bila teringin goreng je. Mudahkan.

BEBOLA KENTANG INTI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji kentang  | buang kulit dan kukus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan hirisan bawang
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak  secukupnya| untuk menggoreng
  • 1 cawan pop corn ayam
  • 1 cawan nestum

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

LANGKAH 2: Campurkan  daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

LANGKAH 5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

IKLAN