Makan

Ho Chiak Dim Sum Halal Shah Alam Kini Lebih Berbaloi Dengan 35 Pilihan Premium

Share

Peminat dim sum halal kini boleh kembali menikmati pelbagai hidangan istimewa menerusi promosi terbaru “Ho Chiak” All-You-Can-Eat Dim Sum yang diperkenalkan oleh Tung Yuen Chinese Restaurant di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam bermula April 2026.

Menawarkan pengalaman makan sepuas hati dengan harga baharu yang lebih menarik, promosi dim sum halal ini menjanjikan sajian autentik yang sesuai dinikmati bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja dalam suasana restoran yang selesa dan eksklusif.

Ho Chiak Dim Sum Halal Shah Alam Dengan 35 Pilihan Menu

Istimewanya, para pengunjung boleh menikmati sehingga 35 pilihan dim sum yang disediakan secara made-to-order oleh chef berpengalaman. Daripada hidangan kukus yang lembut dan berjus hinggalah pencuci mulut yang menyegarkan, semuanya dihidangkan segar terus ke meja bagi memastikan rasa dan kualiti terbaik buat pelanggan.

Bagi penggemar dim sum tradisional, antara menu wajib cuba termasuklah Traditional Chicken Stew Mai yang terkenal dengan tekstur lembut dan inti ayam yang penuh rasa, selain Crystal Prawn Dumpling yang tampil dengan kulit lutsinar serta isi udang segar yang kenyal dan manis.

Turut mencuri perhatian ialah Black Pepper Chicken Stew Mai yang mempunyai rasa lada hitam yang lebih berempah, selain Prawn Flower View Mai yang bukan sahaja sedap malah tampil menarik dari segi persembahan.

Pilihan Pencuci Mulut Dim Sum Halal Yang Menyelerakan

Tidak lengkap pengalaman menikmati dim sum halal tanpa sajian pencuci mulut yang lazat. Antara menu manisan yang pasti menjadi pilihan ramai termasuk Crispy Mochi Black Sesame Ball yang rangup di luar dan mempunyai inti bijan hitam yang harum serta lemak manis di dalam.

Selain itu, Chilled Sweet Soya Bean with White Fungus and Longan pula menawarkan rasa yang menyegarkan dan sesuai dinikmati selepas menikmati hidangan panas. Bagi mereka yang gemarkan rasa unik dan sedikit masin berlemak, Salted Egg Dumpling juga antara pilihan yang tidak harus dilepaskan.

Menu Kreatif Yang Wajib Dicuba

Dalam pada itu, peminat makanan Cina halal turut disarankan mencuba beberapa hidangan cadangan chef yang lebih kreatif dan moden. Antaranya termasuk Creamy Salted Egg Bun yang lembut dengan limpahan inti telur masin berkrim yang pasti memikat selera.

Turut menjadi perhatian ialah Otak Otak Siew Mai yang menggabungkan cita rasa tempatan dalam sajian dim sum klasik. Kombinasi rasa pedas dan aroma rempah otak-otak menjadikan hidangan ini lebih unik dan berbeza daripada biasa.

Bagi penggemar makanan bergoreng pula, Deep Fried Oak Lemongrass Ball menawarkan tekstur rangup bersama aroma serai yang menyelerakan. Sementara itu, Stuff Trio Hakka Vegetable (Yong Tau Foo) with Black Bean Paste pula memberikan sentuhan tradisional masyarakat Hakka yang kaya dengan rasa dan tekstur.

Mini Sambal Petai Bun Jadi Tarikan Baharu

Paling menarik, restoran ini turut memperkenalkan menu baharu yang dijangka menjadi kegemaran ramai iaitu Mini Sambal Petai Bun. Hidangan unik ini menggabungkan rasa sambal pedas bersama petai yang sememangnya sinonim dengan selera masyarakat Asia Tenggara.

Ia memberikan pengalaman rasa yang lebih lokal dan pastinya menggamit selera pengunjung yang gemarkan makanan berani rasa.

Menurut pihak restoran, promosi “Ho Chiak” Dim Sum ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan menikmati hidangan premium pada harga berpatutan, malah bertujuan mengetengahkan keunikan sajian Cina halal yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lokasi Ideal Menikmati Dim Sum Halal Di Shah Alam

Dengan suasana restoran yang elegan dan mesra keluarga, Tung Yuen Chinese Restaurant sememangnya menjadi lokasi ideal untuk menikmati makan tengah hari bersama orang tersayang, sambutan istimewa mahupun sesi santai hujung minggu.

Promosi “Ho Chiak” All-You-Can-Eat Dim Sum ini ditawarkan pada harga RM59 nett seorang dan disajikan setiap hari bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman dim sum halal yang lazat dan memuaskan ini, tempahan awal amat digalakkan bagi mengelakkan kekecewaan terutama pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Published by
Aina Azman