Pelbagai kisah kita dengari sejak pandemik Covid-19 melanda negara.Ada yang ditamatkan perkhidmatan kerana hal ini. Biarpun kesukaran dirasai namun hidup perlu diteruskan.Buatlah apa sahaja pekerjaan asalkan halal. Rezeki Allah itu luas jika berusaha tanpa jemu, digantikan dengan yang lebih baik.
Buat Mohammad Syukri Borhan yang dahulunya bertugas sebagai ‘Crew Scheduling Executive’, menyusun jadual penerbangan juruterbang dan kru kabin antara yang terkesan dengan keputusan Malindo Air memberhentikan pekerjanya.
Kesan pandemik tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan fokus dengan bisnes yang diusahakan. Kini gigih mengusahakan sebuah kafe bersama teman baiknya, Nik Azrullah.
Syukri (kiri) & Azrul (kanan)
Momen diberhentikan
“Perasaan sedih memang ada, tapi saya sudah bersedia kerana sejak April 2020 memang sudah diberikan cuti tanpa gaji. Jadi saya harus bersedia dari segi mental jika suatu hari benar-benar diberhentikan.Tarikh mendapat notis pemberhentian pada 30 Oct 2020 dan pemberhentian berkuatkuasa 1 Nov 2020. Tiga tahun bersama Malindo.
Sewaktu diberhentikan melalui surat, saya merasakan biasa sahaja kerana telah sedikit sebanyak bersedia. Namun ketika ke pejabat untuk menandatangani surat berhenti dan bertemu kawan-kawan lain, barulah terasa sedih.
Di meja kerja saya mengemas barang-barang untuk dibawa pulang, saya duduk agak lama kerana sedih mengenangkan apa yang akan saya lakukan selepas diberhentikan. Malindo bukan airlines pertama saya, sebelum ini saya pernah bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan lain (10 tahun bersama airlines), jadi lebih kepada sedih meninggalkan kerja yang telah saya lakukan selama 10 tahun.
Bagi saya kehilangan kerja, bukan sahaja kehilangan mata pencarian utama, saya juga kehilangan keluarga dan kehidupan dalam bidang penerbangan. Saya tidak menjangkakan bekerja dalam industri penerbangan akan berakhir seperti ini,” ceritanya .
Mengurus bisnes kafe
Tidak terbuai dengan perasaan sedih dalam waktu yang lama, tambahan pula Syukri sudah mula menguruskan kafe ketika tempoh cuti tanpa gaji. Cuma, selepas diberhentikan, berkata pada diri mesti lebih fokus kerana kafe adalah sumber pendapatan utama selepas ini.
“Idea tercetus sejak 2017 lagi, saya bersama Azrul merancang untuk membuka kafe, dengan tujuan semua rakan-rakan boleh berkumpul di satu tempat jika ingin berjumpa. Tambahan pula, kami sama-sama meminati kopi dan sering berjumpa dari satu kafe ke kafe yang lain. jadi kami memutuskan “kenapa tidak kita saja yang membuka kafe sendiri”.
IKLAN
Bermula dengan membuka kafe di seksyen 7 Shah Alam (2017), kemudian tutup kerana tidak begitu baik, dan saya mendapat tawaran bekerja dengan Malindo. Waktu itu saya dan Azrul berkongsi modal untuk membuka kafe tersebut dan Azrul yang mengusahakan sepenuhnya kerana saya bekerja di pejabat.
Kemudian, awal 2020 Kafe DOS dibuka di Seksyen 9 Shah Alam. Azrul mengusahakan sepenuh masa dan Syukri hanya membantu dari segi promosi dan media sosial.Kafe ini tercetus kerana keduanya penggemar kopi dan Azrul juga meminati bidang masakan. Mereka juga mahu menyediakan satu tempat untuk bertemu rakan-rakan.
Dengan latar belakang Syukri yang memiliki diploma pengajian perniagaan dan ijazah pengurusan hotel dan katering, manakala Azrul sering travel (waktu bekerja sebagai kru penerbangan) dan mempelajari perniagaan kafe di tempat orang, mengenali ramai orang dalam bidang perniagaan dan memberi pengetahuan dalam bidang F&B ini.
“Sedikit sebanyak saya boleh gunakan ilmu waktu belajar dan Azrul belajar dari pengalaman berkerjasama dengan ramai orang, dan kami gunakan itu dalam perniagaan kami,”akuinya.
Hidangan tempatan dan barat
DOS Café menawarkan pelbagai menu keluarga yang istimewa. Makanan tempatan dan western antaranya nasi, spagheti, snek, piza home made , pankek dan waffle. Bagi minuman pula ditawarkan kopi, teh, mocktail dan ice blended buat pengunjung.
IKLAN
Antara dessert yang ada.
“Signature makanan di sini ialah pizza yang dibuat sendiri dari doh, topping hingga pembakaran. Makanan lain yang wajib cuba jika ke sini ialah Nasi Goreng Balado (bestseller, nasi goreng dengan resipi istimewa campuran sambal balado buatan sendiri), Nasi Ayam Kicap (kuah kicap yang dimasak pekat dengan resipi sendiri), Creamy Bolognese (spaghetti dengan kuah berkrim resipi sendiri, ‘Chicharito’ (tortilla buatan sendiri dihidang bersama ‘chili con carne’, iaitu kuah campuran cili, keju dan daging cincang dan juga Mushroom soup 100% buatan sendiri. Semuanya enak belaka.
Piza homemade yang menjadi signature di sini.
Tidak dinafikan tempoh PKPB ini memberi kesan kepada perniagaan mereka. Namun usaha mereka ialah giat mempromosikan kafe di media sosial juga dengan cara mempelawa sesiapa yang ‘work from home’ untuk bekerja dari kafe tersebut.
“Kami mengutamakan keselesaan pelanggan, kami percaya jika pelanggan selesa dengan makanan dan layanan kami untuk kali pertama, insyaAllah mereka akan datang lagi. Untuk penghantaran, kami menggunakan khidmat Food Panda. Kami merancang untuk menawarkan khidmat penghantaran ke rumah direct dari kami, cuma buat masa ini tenaga kerja kami tidak ramai, tambahan pula kami ingin meminimumkan kos operasi.
IKLAN
Suasana kafe yang santai.
Buat anda yang ingin merasa makanan dan kenikmatan kopi dari Dos Cafe’ dengan kualiti yang terbaik boleh saja ke sini. Waktu operasi bermula jam 1230 tengahari hingga jam10 malam, kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Kafe ditutup pada setiap hari Isnin.
“Nasihat saya, jangan takut untuk mencuba. kita tak tahu apa yang Tuhan sediakan untuk rezeki kita. yang penting kita percaya dan terus bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh,”ucap Syukri.
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Tungku dapur berpermukaan gelas/kaca memang nampak cantik. ‘Trend’ lagi ‘Stylish’. Memanglah peniaga akan cakap ia senang dibersihkan. Musim raya ni mesti dapur banyak banyak terkumpul kotoran dari minya dan sebagainya. Tapi sebenarnya nak kekal kilat senang ke.
Ni min kongsikan 7 langkah agar tungku dapur gelas/kaca kekal berkilat…dan jimat murah.
1. LAP DENGAN CUKA
Bila tungku dh sejuk, semburkan permukaan dapur dengan cuka dan lapkan dengan tuala atau kain basah untuk membuang segala minyak dan sisa masakan. Memanglah anda boleh menggunakan sabun pembersih dapur tapi cuka kan jauh lebih murah.
2. TABURKAN ‘BAKING SODA’
Taburkan baking soda menutupi permukaan. Baking soda adalah pencuci yang baik kerana ia bersifat alkali lembut yang memudahkan minyak dan kotoran tanggal. Ia membuatkan kerja menggosok lebih berkesan tanpa mencalarkan gelas/kaca.
3. BASAHKAN TUALA DENGAN AIR PANAS
Penuhkan sinki atau baldi anda dengan air panas dan rendamkan dan basahkan tuala mengelap ke dalamnya.
4. TUTUP DAPUR MEMASAK DENGAN TUALA.
Perah tuala yang direndam air panas tadi dan letakkan di atas permukaan dapur yang ditabur baking soda tadi. Jika suka gunakan dua tuala kecil. Biarkan selama 15 minit untuk ‘mencairkan’ kotoran dan kerak yang ada di atasnya.
5. SENTAL
Bilas dan perah tuala beberapa kali dan sental dan gosok sehingga tiada sisa baki baking soda di atas dapur, bersihkan betul-betul.
6. KIKIS PERLAHAN
Semasa tungku berkeadaan lembab, secara berhati-hati kikis segala kerak degil menggunakan pisau cukur (razor blade). Lakukan satu tempat dalam satu masa dengan gerakan yang rata untuk mengelakkan calar
7. GILAP (POLISH )
Sudahi langkah anda dengan menyembur cuka dan mengelap dengan kain basah dan lengkapkan prose menggilap dengan kain lap (tuala ) kering dan tadaaa…dah berkilat. Kenalah rajin buat kalau nak dapur anda berkilat, ya
Bila nak diet menu untuk breakfast sangat penting. Bukan hanya untuk menaikkan kadar metabolisme kita tapi juga nak bagi motivasi dekat kita. Selalunya kalau breakfast cantik tak ke laut maka makanan seterusnya juga akan cantik dan menyihatkan.
Tapi sedar tak yang kita susah nak sediakan untuk breakfast, sebab apa sebab malas. Sudahnya beli apa yang ada di kedai. Apa kata kita ikut koleksi menu sarapan yang menyihatkan ini. Ada yang boleh disediakan awal untuk orang sibuk bekerja. Boleh buat siap-siap, simpan dalam fridge dan ada yang sesuai dibuat masa hujung minggu untuk hidangan yang lebih menarik dan sedap untuk menggembirakan hati setelah lima hari berkerja.
Pokok pangkalnya nak kurus wajib makan sedap-sedap. Jangan malas masak. Kena usahakan untuk pandai atur masa. Selamat mencuba!
CHIA PUDDING
Chia seed rendam dalam fresh milk overnight. Esoknya assemble je dalam gelas comey macam ni or bowl or mason jar ke. Buat 2-3 layer selang seli dengan fresh fruit.
Pilihan biasanya buah naga sebab sedap dan antara buah low kalori.
Atas sekali boleh tabur granola. Kalau takde tabur je plain roasted nuts. Nak bagi extra crunch and flavor je. Tak nak pun takpe.
PROTEIN PLATTER
Ni breakfast gaya orang malas tapi terpaksa makan demi nak kurus. Buat dinner pun boleh. I call it protein platter.
Tauhu lembut letak fresh or greek yogurt dan 1 biji apple merah potong cube.
Atas tu tabur granola sikit for additional crunchy and flavors. Kalau takde tabur plain roasted nuts pun boleh.
CHICKEN WRAP
Belah kanan tu Shwarma Chicken wrap. Belah kiri BBQ Chicken wrap.
Ayam marinade dengan Shwarma dan BBQ spice boleh cari di pasaraya. Grill atas non-stick pan. Then assemble je macam wrap biasa with all your favorite veggies. Nak letak sos or mayo boleh tapi tak lebih 1 sudu jer.
KOREAN STREET BREAKFAST SANDWICH
Ni inspired dari korean street breakfast. Hiris nipis-nipis kubis bulat tu kemudian campurkan dengan 1 biji telur. Masak atas non-stick pan macam pancake. Boleh sprinkle some black and white pepper.
Dah masak letak atas toast. Ikut korean style sapukan sedikit mayonnaise, ketchup dan gula.
FLUFFY PANCAKE with DRAGON FRUIT JAM
Nak buat pancake tu guna 1/2 cup tepung, 2 tsp baking powder, secubit garam, 1 egg yolk dan 100ml fresh milk. Mox together. Lepas tu pukul 2 egg white sampai fluffy dan mix dengan adunan tadi.
Then masak atas non-stick pan macam buat pancake biasa. Adunan untuk 2 orang makan. So boleh makan dalam 2-3 keping pancake depends on size ya.
Untuk jam dragon fruit tu panaskan air dan larutkan sedikit agar-agar powder. Lepas tu masukkan dragon fruit yang dah di lenyek hancur dan gula ikut taste sendiri. Tapi dah diet tu agak-agak je la gula nya ya.
QUINOA BOWL
Haaa ni tetiba terliur tengok dekat Pinterest orang share quinoa bowl. Beli 1 pack dekat tesco.
Quinoa tu masak je dengan air sampai tekstur dah lembut. Masukkan sikit garam. Then masuk dalam jar or bowl sekali dengan fresh fruit. Then enjoy dengan some fresh yogurt dan fresh milk.
MIXTURE YOGURT
Ni mixture of fresh yogurt, epal and dragon fruit dan granola. Cuma susun layer. Takde granola boleh letak musli or and healthy cereal of your choice okay.
BANANA PEANUT BUTTER TOAST
Roti Wholemeal sapu any flavor dan susun 1 biji medium banana.Ada orang sprinkle some chia seed. Optional je.
POACHED EGG with BAKED BEANS
Ni semua assemble suka hati je. 1 biji poached egg, 3 tbsp baked beans dan 1 pcs wrap yang di bakar dalam oven bagi crunchy.
GRILLED BEEF KIMCHI WRAP
Mayang nipis bawang besar dan marinade sekali dengan daging tu dengan rempah satay dan grilled atas non-stick pan. Kalau nak marinade dengan rempah lain pun boleh. Ikut suka ya.
Then assemble macam wrap dan letakkan sikit Kimchi. Sebab kimchi goes so well dengan beef kan☺️ Takde kimchi boleh guna your favourite Veggies je.
EGG SCAMBLE WRAP
Scramble egg senang jer… ni cuma buat jadikan Wrap dan letak sayur-sayuran segar. Pandai dah semua kan buat scramble egg.
Tekak mual dengan makanan berminyak, sementelah lagi lepas raya ni ramai yang batuk-batuk menu berminyak memang kena tolak tepi dulu. Tapi korang masih boleh makan sedap dengan lima menu yang ringkas ini, sedap sesangat. Tak percaya kena cuba.
SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
1biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | titik
3cm halia | hiris halus
1 batang serai | titik
1 bunjut sup bunjut
Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1/2 sudu teh jus limau nipis
Sedikit hirisan daun sup dan bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
BIla kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
Setelah masak, masukkan jus limau nipis,serbuk lada sulah dan lada hitam.
Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daunbawang.
Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1ekor ikan siakap | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 tangkai cili merah | cincang halus
2 sudu makan sos cili Thai
1 batang serai | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
Kukus semula dalam lima minit.
Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Untuk Salmon Panggang:
2 keping salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak zaitun
Sayuran:
Sedikit hirisan brokoli
Sedikit grisan lobak merah
Sedikit hirisan cendawan shitake
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
Panaskan ketuhar dan panggan salon dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan brokolo, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang orang jika suka.
SUP TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau.
Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
KERABU KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
7- 8 batang kacang botol | hiris
1 biji bawang besar | hiris
1 batang bunga kantan | hiris
2 tangkai cili merah | hiris
3-4 tangkai cili padi | hiris
1 cawan kelapa | putih sahaja
Jus limau nipis secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan bunga kantan dalam mangkul. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
Gaul rata dan hidangkan.
Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.