
Musim durian memang saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pencinta raja buah. Bila tiba musimnya, ramai yang membeli durian dalam kuantiti yang banyak sehingga ada isi yang berbaki. Daripada dibiarkan terlalu masak atau dibekukan begitu sahaja, apa kata manfaatkan lebihan durian itu untuk dijadikan pelbagai pencuci mulut yang lazat.
Isi durian yang lemak, manis dan berkrim sememangnya sangat sesuai diolah menjadi aneka dessert. Daripada resipi tradisional seperti pulut durian dan pengat durian sehinggalah pencuci mulut moden seperti durian crepe, aiskrim durian homemade dan durian cheesecake, semuanya boleh disediakan sendiri di rumah dengan bahan-bahan yang mudah didapati.
Lebih menarik, anda tidak memerlukan kemahiran membakar atau memasak yang rumit untuk menghasilkan hidangan ini. Dengan beberapa langkah mudah, lebihan durian boleh bertukar menjadi pencuci mulut yang nampak premium dan pastinya menjadi kegemaran seisi keluarga.
Jadi, kalau masih ada isi durian di dalam peti sejuk, jangan biarkan ia membazir. Cuba lima resipi dessert durian ini yang bukan sahaja mudah dibuat, malah dijamin berbaloi untuk dinikmati sepanjang musim durian.
Pengat durian merupakan pencuci mulut tradisional yang cukup popular di Malaysia, terutama ketika musim durian. Hidangan ini mempunyai kuah yang pekat, lemak dan harum hasil gabungan santan bersama isi durian. Lebih lazat jika dinikmati ketika masih suam bersama pulut, roti atau disejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan.
Dalam senarai resipi durian yang menjadi kegemaran ramai, pulut durian sememangnya tidak pernah lapuk ditelan zaman. Gabungan pulut yang lembut bersama kuah durian bersantan menghasilkan rasa lemak, manis dan sedikit masin yang cukup seimbang.
Crepe durian pernah menjadi fenomena pencuci mulut dan masih kekal popular sehingga kini. Kulit crepe yang nipis dipadankan dengan whipping cream dan isi durian segar menghasilkan tekstur yang lembut serta cair di dalam mulut.
Jika anda gemarkan pencuci mulut yang menyegarkan, resipi durian ini memang wajib dicuba. Rasanya yang lemak dan berkrim menjadikannya pilihan terbaik ketika cuaca panas.
Durian cheesecake merupakan pilihan moden yang cukup digemari ramai. Gabungan krim keju bersama isi durian menghasilkan pencuci mulut yang mewah, lembut dan kaya dengan aroma.
Selain tempoyak, terdapat pelbagai resipi durian yang boleh dicuba di rumah. Sama ada pengat durian, pulut durian, crepe durian, aiskrim homemade atau cheesecake, semuanya mempunyai keunikan rasa tersendiri dan sesuai dihidangkan kepada seisi keluarga.
Jika musim durian tiba, manfaatkan isi durian yang berlebihan untuk menghasilkan pelbagai hidangan istimewa. Selain mudah disediakan menggunakan bahan yang ringkas, setiap menu ini juga sesuai dijadikan pencuci mulut, hidangan minum petang atau sajian ketika berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: