Day Trip Makan-Makan Di Sekinchan & Sungai Besar, Auranya Serasa Pulang Ke Kampung

Share

Lari sebentar dari kesibukan kota untuk mencari kedamaian di luar bandar sambil menghirup udara segar yang menenangkan jiwa. Bak kata orang sekarang cari tempat yang boleh ‘healing’. Jom kita travel ke Sekinchan dan Sungai Besar.

Sekinchan terkenal dengan perkampungan nelayan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 100 kilometer di sebelah utara Kuala Lumpur.

Selain daripada hasil perikanan, Sekinchan turut terkenal dengan sawah-sawah padi yang luas terbentang. Malah, ia merupakan salah sebuah pengeluar beras terbesar di Malaysia. Jumlah keluasan sawah padi di sini adalah kira-kira 180 kilometer persegi.

 

Jadi tidak hairanlah sepanjang jalan di sini anda dapat menyaksikan pemandangan sawah padi yang menghijau.Sampai di Sekinchan sudah pasti anda mencari port makan yang sering menjadi tumpuan ramai. Antara yang sempat dikunjungi penulis;

 

Laman Tebu Aidil

Tempat ni bila sesuai untuk minum petang. Lokasinya tidak jauh dari Pasar Jerami. Menikmati jus tebu yang segar adalah semestinya jika berkunjung di sini. Anda boleh pilih makanan di stall yang ada di sekitar kawasan ini. Selain itu, makanan-makanan lain seperti laksa, nasi lemak, kepak ayam madu dan mi kari turut menjadi tumpuan pengunjung di sini.

Makan sambil menikmati panorama yang segar dan indah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa memang sungguh tenang. Bagi yang suka bergambar jangan lupa abadikan kenangan dengan OOTD berlatar belakang pokok tebu.Ambillah banyak mana pun gambar yang anda nak…

Waktu Operasi: Khamis – Isnin (11.30 pagi – 7.30 petang)

Sawah padi di Sekinchan

Sawah Padi Sekinchan menjadi tarikan utama di Sekinchan yang memang tidak disangkal lagi keindahannya.Waktu yang tepat untuk melihat kehijauan sawah padi luas terbentang ialah pada bulan Mac hingga pertengahan Mei dan awal September hingga pertengahan November. Pastikan jangan terlepas waktu yang sesuai untuk ke sini. Hah apa lagi ramai juga ambil peluang bergambar di sawah padi. Feeling sungguh masing-masing.

Dapo Putih

Tidak lengkap travel jika tidak ke menjengah kafe yang menyediakan minuman pilihan. Dapo Putih antara yang viral di Sungai Besar. Kafe ‘Outdoor’ dengan reka bentuk estetik menjadi tarikan pengunjung.

Siapa sangka adanya kafe sebegini di kawasan perkampungan.Kafe yang diberi nama Dapo Putih ini benar-benar memikat mata sesiapa yang melihatnya untuk singgah dan makan di situ.

 

Dapo Putih ini menawarkan hidangan menu menarik seperti piza leleh, mi kari, chicken chop dan spagheti yang cukup membuka selera.

Anda yang menyukai dessert boleh pilih sama ada nak menikmati kek batik, blueberry cheese cake dan biscoff cheese cake.

Jika ingin ke sini, waze sahaja Dapo Putih, lokasinya terletak betul-betul berhadapan SMKA Tun Rahah, Simpang Lima Sungai Besar.

Waktu Operasi : Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 3 petang hingga 11 malam.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN