Daun Ubi Kayu Paling Sedap & Tak Pahit? Rahsia Nenek Moyang Yang Mengejutkan!

Share

DAUN UBI KAYU MANA PALING SEDAP & TAK PAHIT? Jom RASA bongkar rahsia nenek moyang! Kalau selama ini kita main “petik je mana nampak hijau”, sebenarnya ada ilmu lama tentang daun ubi kayu yang menentukan rasa, tekstur dan pahitnya. Setiap jenis daun ada “perangai” sendiri, dan kalau salah pilih, gulai boleh jadi pahit, kerabu jadi kelat, tumis jadi tak jadi. Jadi hari ini RASA himpunkan rahsia turun-temurun supaya anda tak tersalah pilih lagi!

1. Daun Hitam

Ini antara daun ubi yang ramai ibu-ibu kampung kenal. Warna hijau tua kehitaman dan rasanya sedikit pahit. Tapi jangan pandang rendah, aroma dia padu, kuat, dan sangat sedap bila dimasak gulai tempoyak atau gulai pedas. Lagi pedas gulai, lagi naik wangi daun hitam ni.

Cara masak terbaik: Rebus sekejap sebelum gulai, atau ramas dengan garam untuk kurangkan rasa pahit.

2. Daun Kuning Batik, Si “Favourite Ramai”

Ini memang pilihan paling popular orang kampung sebab tidak pahit, tekstur lembut, dan cepat empuk. Warna daun sedikit bercorak kuning dan uratnya halus. Kalau anda buat pucuk ubi masak lemak, kerabu atau tumis sambal, daun inilah paling “versatile”.

Cara masak terbaik: Terus masuk periuk. Tak payah rebus pun boleh!

3. Daun Kerinting

Urat daun kerinting memang unik; rupa kerinting sikit, tapi rasanya lembut dan tidak pahit langsung. Nak buat kerabu pucuk ubi versi Kelantan atau Negeri Sembilan, daun inilah paling sesuai sebab teksturnya lembut bila diramas.

Cara masak terbaik: Ramas dengan garam dan bawang, buat kerabu atau tumis ringkas.

4. Ubi Kayu Daun Kangkung

Bukan kangkung pasar ya, ini versi daun ubi kayu yang bentuknya memanjang dan kurus macam pucuk kangkung. Rasanya sangat mild, tak pahit dan memang sedap dibuat tumis atau kerabu.

Cara masak terbaik: Masuk terus tanpa rebus. Lembut dan senang layu.

5. Daun Pulut

Daun paling halus dan lembut antara semuanya. Nama “pulut” sebab rasanya lembut dan licin bila dimasak. Tak pahit, tak kelat, tak keras. Sesuai untuk sesiapa yang suka tekstur halus macam pucuk paku muda.

Cara masak terbaik: Memang boleh terus masak buat masak lemak putih pun sedap!

6. Tangkai Merah

Ini daun yang paling ramai orang “kena game”. PAHIT. Tangkainya warna merah atau merah jambu. Kalau tak rebus dulu, memang kelat lidah dan boleh merosakkan rasa satu periuk gulai.

Cara masak terbaik: Mesti rebus dan perah air pahit sebelum masak gulai.

7. Tangkai Hijau

Ini versi paling “selamat” — tak pahit, lembut dan boleh terus masak. Kalau anda tak pasti jenis apa yang anda petik, pilih saja tangkai yang hijau cerah. Biasanya rasa lebih lembut dan tidak pahit berbanding tangkai gelap.

Cara masak terbaik: Gulai, tumis, kerabu — semua jalan!

TIP RASA: RAHSIA ORANG LAMA

Kalau nak tahu daun tu pahit atau tidak, tengok warna tangkai dan urat daun:

  • Tangkai merah – kuat pahit
  • Tangkai hijau – selamat dan lembut

Nenek moyang kita juga pesan, kalau nak pastikan rasa lebih sedap, pilih daun ubi kayu yang muda kerana daunnya lebih lembut dan kurang serat. Petua lain: elakkan daun yang terlalu besar kerana biasanya lebih berserat dan sedikit kelat. Bila memasak gulai pula, ramai orang lama suka ramas daun dengan sedikit garam untuk pastikan teksturnya cepat lembut.

Apa pun pilihan anda, setiap jenis daun ubi kayu ada keistimewaan masing-masing. Ada yang sedap dibuat masak lemak, ada yang padu untuk gulai pedas, ada yang terbaik untuk kerabu. Yang penting, tahu pilih ikut masakan dan tekniknya.

Dengan semua ilmu turun-temurun ini, anda boleh cuba pelbagai resipi tanpa risau gulai pahit atau kerabu jadi kelat. Lepas ini, senanglah nak bezakan jenis daun ubi kayu hanya dengan tengok warna, tekstur dan bentuknya. Bila dah mahir, memang rasa masakan kampung tu akan naik berkali ganda!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur