Daging salai homemade memang menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang unik dan beraroma. Lebih-lebih lagi bila masak Masak Lemak Cili Api, bau asap yang terhasil menjadikan kuah lebih sedap, pekat dan menyelerakan. Bila teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara Daging Salai Homemade di bawah ini anda boleh cuba terus dari rumah.
Kaedah ini juga sangat sesuai untuk anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi seperti kondominium dan apartmen. Maklumlah, kawasan tanah tak ada untuk menyalakan arang. Nak buat cara tradisional pun tak lepas. Jadi inilah salah satu cara paling praktikal dan mudah untuk mendapatkan rasa daging salai homemade yang hampir sama seperti salai sebenar. Bau asapnya tetap ada, rasanya tetap padu!
Resipi Daging Salai Homemade
Kaedah ini menggunakan pemanggang dan daun pisang untuk menghasilkan aroma salai. Walaupun dilakukan dalam rumah, teknik ini masih mampu memberikan rasa smokey yang sedap.
Bahan-Bahan Daging Salai Homemade:
Daging – sebaiknya daging batang pinang
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Daun pisang
Cara Memasak Daging Salai Homemade
Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama kerana takut manis daging hilang. Langkah ini hanya perlu jika anda menggunakan daging selain daging batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tidak perlu rebus.
Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya sehingga semuanya sebati.
Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di bahagian dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit dan garam tadi secara sekata.
Terbalikkan daging beberapa kali supaya ia masak sekata dan menyerap aroma daun pisang.
Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api terus. Ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan bau hangus pada daging, seakan daging salai tradisional.
Angkat dan hiris nipis. Daging salai homemade ini kini sedia dimasak mengikut citarasa anda. Antara masakan paling sedap yang dipercayai ramai ialah Masak Lemak Cili Api. Selamat mencuba!
Tip Tambahan Untuk Daging Salai Homemade Lebih Sedap
Jika anda ingin meningkatkan lagi rasa daging salai homemade, terdapat beberapa teknik tambahan yang boleh anda cuba tanpa mengubah kaedah asas di atas:
Ads
Gunakan daun pisang yang sedikit layu kerana baunya lebih kuat dan lebih mudah mengeluarkan aroma semasa pemanggangan.
Biarkan daging diperap dengan kunyit dan garam sedikit lebih lama supaya rasanya lebih meresap.
Boleh tambahkan sedikit serbuk lada hitam pada perapan jika suka rasa pedas lembut.
Jika mahu aroma asap lebih ketara, ulang proses pemanggangan dua kali dalam tempoh singkat.
Kelebihan Membuat Daging Salai Homemade
Salah satu sebab ramai memilih untuk membuat daging salai homemade ialah kerana ia lebih bersih, jimat dan boleh disesuaikan mengikut cita rasa keluarga. Di samping itu, anda bebas memilih potongan daging yang berkualiti, tidak terlalu berlemak dan mudah dimasak. Proses memasak juga lebih cepat berbanding cara tradisional yang memerlukan arang.
Daging salai homemade ini juga sesuai disimpan di dalam peti sejuk beku untuk kegunaan kemudian. Bila tiba-tiba teringin nak makan lauk tradisional, anda hanya perlu keluarkan, cairkan dan terus masak Masak Lemak Cili Api, sambal, atau apa sahaja menu kegemaran anda.
Salah satu hidangan Thailand yang sedap adalah Pad Gra Prow atau Thai Basil Beef. Daging yang dimasak macam ni, dimakan pula dengan nasi panas, memang cukup menyelerakan.
Thailand memang terkenal sebagai syurga makan yang lazat. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan. Korang yang belum berkesempatan ke Thailand, boleh cuba masak sendiri.
PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Satu lagi resipi orang Pantai Timur yang popular, iaitu Kerutuk Daging. Sangat sedap dimakan dengan nasi berperisa atau nasi putih. Lagi sedap bila kuahnya agak pekat, penuh dengan aroma rempah ratus. Jom kita cuba resipi daripada saudara Muliadi Ramli ini. Anda pasti berselera.
CARA MASAK KERUTUK DAGING PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
800gm daging lembu (dibersihkan dan dipotong melawan urat daging, tidak terlalu tebal atau nipis, potongan daging agak besar)
3 sudu besar rempah kerutuk – beli online disini
1 sudu besar rempah masak cap rose – beli online disini
½ kotak kecil santan – beli online disini
Gula melaka secukup rasa – beli online disini
1 biji bawang holland | dipotong 6 – beli online disini
2 biji cili merah besar – beli online disini
1 mangkuk kecil air asam jawa – beli online di sini
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji bawang merah | dimayang
*semua dimayang | dimayang
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar cili giling – beli online disini
BAHAN KISAR HALUS:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih – beli online disini
½ inci halia
1 inci lengkuas
½ inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Daging yang dah siap dibersihkan, dicampurkan sekali dengan bahan kisar dan rempah. Perap 20 ke 30 minit.
2. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumis dan cili giling hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging yang diperap, biar keluar semua air daging.
4. Tutup periuk dalam 30 minit, masak hingga hampir kering airnya. Masukkan air, biar daging sampai lembut atau empuk.
5. Masukkan air asam jawa dan santan, kacau rata.
6. Masukkan kerisik, gula melaka dan garam. Biar pekat kuahnya. Rasa jika sudah cukup rasanya.
7. Masukkan bawang besar yang dipotong 6, cili besar merah dan hijau sebagai hiasan. Siap.
Masakan Filipina agak ringkas, banyak dipengaruhi dengan masakan Spanyol dan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia, antaranya masakan Ayam Adoba rasanya lebih kurang Ayam Kicap di Malaysia dan Indonesia, sementara Ayam Pocherol seperti Ayam Stew. Jom kita cuba berpandukan resipi Rasa kongsikan ini.
AYAM KICAP FILIPINA (FILIPINO ADOBA CHICKEN)
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci dan tos
1 biji bawang Holland
3cm halia muda | hiris memanjang
2 biji kentang | belah empat
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
Air sesucupnya
4 helai daun salam
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak
BAHAN PERAPAN :
4 sudu makan kicap
2 sudu makan cuka makan
4 ulas bawang putih | cincang halus
4 helai daun salam
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 biji kentang | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupny
CARA MEMASAK :
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, dan perap sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland bersama halia dan daun salam hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
Tambah air, tutup periuk dan biar ayam dan kentang empuk.
Baru masukkan kicap pekat dan kicap pekat manis dan sos tiram.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.
Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang puting hingga wangi.
Masukkan daging, kacau hingga dahing berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
CHICKEN POCHERO
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana
2 biji pisang Abu muda | buang kulit dan potong dadu
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1/2 cawan kacang kuda | rendam dan rebus
Sedikit kacang buncis | potong dua
Sedikit hirisan kubis
1 biji bawang Holland | hiris nipis
2 ulas bawang putih | cincang
1 pokok sawi putih | potong 3cm
1 cawan sos tomato
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh serbuk lada sulah
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, gorengkan pisang dan kentang kemudian ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Kemudian masukkan ayam hingga ayam kecut dan airnya kering,maskkan sos ikan dan kacau lagi.
Tambahkan sos tomato dan air, biarkan mereneh di atas api pelahan sehingga ayam empuk lebih kurang 30 minit.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya.
Masukkan kacang kuda, kentang dan pisang yang telah digoreng tadi, masak lagi lebih kurang 3-4 minit lagi.
Akhir sekali masukkan kubis, kacang buncis dan sawi putih. Renehkan dalam 2-3 minit lagi.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.