Daging Masak Ros Dengan Perapan Lada Sulah & Garam Gunung, Sedapnya Lain Macam

Share

Daging Masak Ros mungkin tak ramai yang mencuba resipi ini dirumah. Kalau ada makan pun selalunya di majlis2 kenduri.  Apa kata anda buat sendiri resipi ini dengan menggunakan sos-sos dan garam gunung dari SAJI. Kelainannya memang dapat dirasai. Selain mudah dan ringkas, rasanyanya juga sangat sedap.  Untuk lebih senang nak masak, lihat video yang disertakan dibawah.

DAGING MASAK ROS

BAHAN-BAHAN:

400gram daging lembu – perap dengan lada sulah & sedikit GARAM GUNUNG SAJI

2 sudu makan pes tomato (tomato puree)

2 sudu makan SOS CILI SAJI

3 sudu makan SOS TOMATO SAJI

Sedikit GARAM GUNUNG SAJI

1 biji bawang besar – belah empat

4 ulas bawang putih – kisar

3sm halia – mayang halus

1 tangkai daun bawang – potong panjang

MINYAK MASAK SAJI secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Goreng daging yang telah diperap selama sejam dengan lada sulah dan sedikit GARAM GUNUNG SAJI hingga keperang-perangan.
  2. Panaskan sesudu makan MINYAK MASAK SAJI di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan pes tomato, SOS TOMATO SAJI  dan SOS CILI SAJI.  Tumis seketika.
  4. Masukkan daging yang telah digoreng. Kemudian masukkan pula bawang besar. Tumis lagi hingga sebati. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan daun bawang dan kaup-balikkan.
  6. Tambah GARAM GUNUNG SAJI secukup rasa.

 

ANEKA RESIPI DAGING YANG BOLEH DICUBA:

Untuk resipi sila lihat video di bawah:

IKLAN