Daging Masak Merah Macam Yang Anda Selalu Makan Di Kedai Tomyam. Mudah Je Rupanya!

Share

Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba tengah hari. Resipi Daging Masak Merah ni perkongsian dari saudari Zetty Azikin. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.

DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu mkakan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 6 ulas abwang putih – diketuk
  • 8 biji cili padi merah
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji lada benggala merah
  • Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
  • Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
  • Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air
  • Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
  • Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.

2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.

3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.

4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.

5. Masukkan air.

6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.

7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan bagi bawang sedikit lembut.

8. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zetty Azikin

 

IKLAN