Daging Goreng Kunyit Mudah Dan Cepat Dimasak

Share

Daging goreng kunyit memang simple. Mudah dan cepat dimasak pulak.

Sejenis lauk yang simple. Tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah. Apa lagi kalau jenis yang suka makan kering. Tak perlu lauk lain dah.

Nak masaknya pun senang dan bahan yang digunakan pun tak banyak. Bahkan, satu hidangan ini dah ‘lengkap’ sebab ada proteinnya, ada sayurnya.

Okay, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira

ini ye. Selamat mencuba!

Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

1 mangkuk daging (dihiris nipis)

1/2 sudu kecil serbuk kari daging 

1 sudu kecil penuh serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

1 sudu besar halia yang ditumbuk lumat – boleh beli online di sini

Serbuk Maggi cukup rasa secukupnya

2-3 sudu besar air

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Lain:

Sedikit lobak merah (hiris)

Bawang besar (hiris) – boleh beli online di sini

Kacang panjang (hiris)

Cili padi merah (kalau nak pedas) – boleh beli online di sini

Cara Memasak Daging Goreng Kunyit:

Satukan semua bahan (kecuali minyak) di dalam satu mangkuk. Kemudian panaskan minyak dan  goreng hingga daging masak.

Jika suka boleh masukkan sayur kegemaran seperti lobak merah, kacang panjang, cili padi merah dan bawang besar ketika daging hampir masak.

Gaul seketika. Siap! Mudah je kan?

 Boleh beli online di sini

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN