Makan

Resipi DAGING BURGER GORENG SOS Simple, Sesuai Sangat Waktu Lauk Basah Dah Habis!

Share

Memasak kena rajin, kreatif, pandai olah untuk dijadikan menu makanan yang sedap. Kalau lauk basah dah habis, daging buger pun boleh dijadikan lauk yang sedap.

Ni salah satu resipi lauk daging burger goreng sos simple daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi

yang kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Sesuai juga buat untuk lauk sahur nanti.

Bahan-bahan:

Daging Burger -potong panjang
Bawang Merah -dihiris
Bawang Putih -dihiris
Cili Padi -dihiris
Sos tiram
Sos cili
Garam

Cara membuat:

1. Grill/ goreng daging burger sampai masak. Ketepikan.

2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali sampai naik bau.

3. Masukkan sedikit sos tiram dan sos cili.

4. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.

Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber: Siti Nursoleha Nawawi

Published by
Rose