Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan

Share

Selalunya bahagian dada ayam memang kurang ‘laku’ kalau dimasak menjadi lauk. Yang selalu cepat jadi pilihan adalah bahagian tight, kepak dan paha.

Jadi, apa kata kita buat popcorn ayam. Lihatlah, mesti sekejap saja habis semangkuk.

POPCORN AYAM

BAHAN-BAHAN
4 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)
1 sudu besar garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Serbuk kunyit
1 biji telur ayam (dipukul hingga kembang)
2 sudu besar tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk roti

CARA MEMBUAT
1. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam, lada sulah, lada hitam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
3. Masukkan telur ayam dan 2 sudu besar tepung jagung. Gaul dan kemudian perap selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sementara itu, masukkan lagi 2 sudu besar tepung jagung, baking powder dan serbuk roti dalam bekas ayam yang sudah diperap tadi. Gaul seketika.
6. Masukkan dalam minyak panas.
7. Angkat ayam selepas kekuningan. Rehatkan ayam selama 5 minit.
8. Goreng sekali lagi ayam itu supaya menjadi lebih rangup.
9. Angkat dah toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.

Sedap dimakan dengan sos atau mayones.

Untuk lebih info, boleh tonton video resipi ini di link bawah.
https://youtu.be/SnGmHXHg5cI

Sumber: Sarah Chew melalui Rasa Share Resipi

IKLAN