Cucur Sosej Bersama Kentang, Lobak Merah & Kucai. Menu Minum Petang Paling Ekspress & Sedap!

Share

Terasa nak makan cucur untuk meinum petang ni? Ha…meh lah cuba Cucur Sosej bersama sayur-sayuran ni. Ada ubi kentang, lobak merah, kucai, dan bawang. Bila dan bercampur dan digoreng, memang sedap! Malah ni juga salah satu resipi yang mudah dan pantas. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CUCUR SOSEJ BERSAMA SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji ubi kentang | dihiris kecil
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 1 biji telur
  • 2 batang sosej | dihiris nipis
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • Sedikit daun kucai | dihiris
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang,  lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke  dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit.
  2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan  garam mengikut cita rasa.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
IKLAN