Cucur Roti Sandwic Viral Buat Anak Berebut Makan. Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Pernah cuba makan Cucur Roti Sandwic? Sangat sedap dan mudah disediakan. Patutlah viral. Bagi anda yang ada lebihan roti sandwich yang hampir luput tarikh atau roti yang sudah keras, boleh olah menjadi sajian cucur ni. Sangat mudah dan tidak membazir. Anak-anak pun suka. Saudari Noriza Jaja ada kongsikan cara-caranya. Istimewanya resipi ni ia tidak menggunakan telur. Jadi bagi anda yang ada alahan dengan telur, menu ini memang terbaik untuk anda. Nak makan pada bila-bila masa pun tiada masalah. Sarapan, makan pagi, minum petang atau malam. Semuanya sesuai. Paling penting, enak dan digemari ramai. Selamat mencuba.

CARA MUDAH MEMBUAT CUCUR ROTI SANDWIC VIRAL

BAHAN-BAHAN:
5 keping roti sandwic
2 cawan tepung gandum beli online disini
1 biji bawang besar – hiris
Daun bawang secukupnya – hiris halus
Cili merah secukupnya – hiris halus
Kucai secukupnya – hiris halus
Lobak merah secukupnya – hiris halus
Tauge secukupnya
Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya – hiris kecil
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Sedikit serbuk kunyit – jika suka
Anggaran 2 cawan air

CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk termasuk roti yang dicarik halus. (kecuali air).


2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga jadi adunan yang pekat.


3. Panaskan minyak dan sudukan bancuhan adunan tadi.


4. Goreng cucur roti hingga garing. Angkat, toskan dan sedia dinikmati pada bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan aneka sos kegemaran.

Kredit resipi & foto: Noriza Jaja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN