Ada lebihan nasi, daripada dibiarkan dan membazir, apa kata kita ubah menjadi cucur nasi pedas. Garing di luar, lembut di dalam. Bahan untuk membuatnya pun mudah sahaja.
Sedap dinikmati ketika sarapan atau minum petang. Buat idea menu berbuka puasa pun menarik juga. Menariknya, cucur nasi pedas ini tetap akan lembut walau telah lama digoreng.
Jom ikuti perkongsian Rossita Omar atau dikenali sebagai Tokma untuk menghasilkan Cucur Nasi Pedas yang elok bulatnya serta sedap ini.
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk*
Air panas*
Garam (secukup rasa)*
Bawang merah (dihiris)
Ads
Cili api (dihiris)
Ikan bilis (digunting kecil-kecil)
Tepung gandum
Air
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Kisarkan bahan bertanda * hingga lumat.
Kemudian, campurkan hirisan bawang merah, cili api dan ikan bilis yang telah digunting kecil.
Gaul rata kesemuanya.
Setelah itu, masukkan tepung gandum secukupnya dan gaul hingga rata.
Adunan perlu pekat sedikit seperti di dalam gambar. Jika kurang tepung, adunan akan berderai ketika digoreng nanti.
Ads
Panaskan minyak dan bolehlah menggoreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Cucur ini akan rasa garing di luar, lembut di dalam. Ianya akan tetap lembut walau dah digoreng lama.
Jika nak tambahkan sayur-sayuran pun boleh untuk lebih sedap. Atau letakkan kiub pati ikan bilis atau pati kiub ayam pun lagi sedap. Boleh dipelbagaikan rasanya.
Untuk menggoreng, kerap basahkan tangan dan jemput adunan dengan jari dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali. Cara ini akan mendapat cucur yang comel saiznya dan bulat bentuknya. Tapi, berhati-hati jangan tercelup jari ke dalam minyak panas pula.
Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? Resipi mudah perkongsian saudari Nur Aqilah Jufri ini anda boleh cuba. Fishball @ Bebola Ikan Goreng Crispy sahaja… Ya, macam yang ada dijual di pasar malam tu. Cicah dengan sos cili thai, waduh, nikmatnya… Anak-anak pasti suka ni. Jom lihat cara-caranya.
1.Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam, telur dan air ke dalam bekas.
2. Gaul kesemua bahan sehingga jadi pekat dan tepungnya tidak berketul-ketul.
3. Seterusnya masukkan bebola ikan @ fishball yang sudah dibilas dengan air dan ditoskan.
4. Gaul rata bebola ikan tadi bersama tepung sehingga semua bersalut sempurna.
5. Cucuk bebola ikan dengan lidi sate atau jika tiada lidi, boleh terus digoreng begitu sahaja juga tiada masalah.
6. Pastikan bebola ikan digoreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Fishball Goreng ini sedap dimakan bersama sos thai yang telah dibancuh dengan sedikit air supaya sos nya tidak terlalu pekat.
Suka maka Popia Satar sedap macam di Terengganu tu? Ni dia cara-cara untuk membuat menu enak ini secara homemade. Mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Anda pasti suka dengan hasilnya. Saudari Shai Anne Ahemed ada kongsikan resipi. Selamat mencuba!
CARA BUAT POPIA SATAR IKAN TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia – sebarang jenama
3 ekor ikan selayang @ sardin
1 1/2 cawan kelapa parut putih
10 biji cili api – hiris halus
3 ulas bawang merah – tumbuk kasar
1 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1 inci halia – tumbuk kasar
2 batang serai – tumbuk kasar
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil ikan, siang dan rebus. Bila masak, asingkan tulang dan isinya.
2. Tumbuk ikan hingga hancur kemudian gaulkan bersama bahan-bahan tumbuk yang lain.
3. Masukkan air asam jawa dengan secukupnya dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
4. Sediakan kulit popia. Letak sedikit inti. Jika letak banyak, bila digoreng popia tidak akan rangup.
5. Balut kemas dan gam keliling kulit popia dengan air untuk lekatkan kulit. Lakukan hingga habis adunan.
6. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas higga garing dan kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Inti yang siap diadun tidak perlu dimasak lagi.
2. Boleh guna isi ikan mentah. Jika guna isi ikan rebus, intiya boleh disimpan lama berbanding inti ikan mentah yang perlu dihabiskan dengan segera.
3. Bila isi inti ke dalam kulit popia, jangan letak banyak sangat nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
4.Boleh tambah sedikit halba dalam inti untuk rasa kelainan.