Cucur Ikan Bilis Nasi, Tambah Bahan Ini Jadi Bulat dan Garing Di Luarnya

Share

Jika ada lebihan nasi yang dimasak, usah dibuang. Apa kata kita olahkan menjadi cucur ikan bilis nasi pula. Mudah saja membuatnya.

Resipi perkongsian daripada Jaja Noriza ini memang menarik. Elok saja membulat cucurnya dan lembut je isi di dalamnya. Rangup pula di luarnya. Ada bahan rahsia rupa-rupanya.

Cicah pula dengan sos cili atau sambal tumis. Memang padu! Tak sedar, sebiji demi sebiji habis dimakan.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 cawan nasi (dikisar)

1 genggam ikan bilis (ditumbuk kasar) – Boleh beli online di sini

½  biji bawang Holland atau bawang besar – Boleh beli online di sini

Daun bawang

Tauge

Daun kucai

Cili merah – Boleh beli online di sini

1 biji telur

Garam

Serbuk kunyit – Boleh beli online di sini

1 sudu teh baking powder (pilihan)

Air sejuk

CARA MEMASAK:

Campurkan bawang, tauge, daun kucai, daun bawang, nasi, telur dan ikan bilis di dalam mangkuk dan gaul sebati.

Kemudian, tambahkan tepung gandum dan gaulkan lagi. Campurkan sedikit air jika adunan terlalu pekat.

Masukkan garam, serbuk kunyit dan baking powder

secukupnya. Kacau sebati. Adunan tak boleh cair, nanti cucur kita leper. Mesti pekat seperti di dalam gambar di bawah.

Panaskan minyak dan kemudian ceduk adunan guna jari-jemari sahaja untuk memudahkan dapat bentuk bulat-bulat.

Goreng sehingga garing dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

NOTA:

Jika tak gunakan baking powder pun tak apa, janji adunan pekat.

Pastikan adunan pekat supaya dapat cucur yang bulat. Jika terlebih atau terkurang, tambahkan saja tepung atau air, janji adunan pekat.

Adakala, boleh letakkan juga 2 sudu besar marjerin dalam adunan. Cucur akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam.

Cicah dengan sos cili atau sambal tumis. Memang sedap.

Selamat mencuba.

Kredit: Jaja Noriza

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN