Kalau sebut cucur, mesti ramai bayangkan jemput-jemput bawang atau bilis je kan? Tapi kali ni kami nak kongsikan versi cucur yang luar biasa sedap dan ‘upgrade’ sikit – Cucur Crabstick! Campuran rangup, pedas dan rasa seafood dalam satu suapan, memang buat ketagih. Resipi ni tak perlukan bahan pelik-pelik pun. Tapi ada satu trik rahsia yang buat cucur ni lagi padu: guna air sejuk
dalam bancuhan! Jom cuba.1. Di dalam mangkuk, masukkan crabstick, bawang merah, daun bawang, tepung gandum, kiub ikan bilis dan cili kering.
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tak pekat dan tak cair. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
4. Cucur Crabstick enak dinikmati bersama sos cili.
Kenapa air sejuk?
✅ Sebab ia bantu adunan kekal ringan dan tak liat.
✅ Cucur jadi lebih rangup di luar, lembut di dalam.
✅ Kurang serap minyak masa menggoreng.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: