Cucur Badak Ni Dapat Sebiji Pun Puas Makan

Share

Tak lama lagi bulan puasa. Jadi kuih muih menjadi kesukaan ketika bulan puasa. Cucur badak ini antara yang disukai ramai. Ada yang nak cuba masak kuih ni dikongsikan resipinya. Boleh guna buat pulut udang dan spera(orang utaqa tau kuih ni).

CUCUR BADAK

 Inti:

1/2 kilo udang kapas(kecil)

2 biji kelapa parut(tak terlalu tua)

20-25 biji cili kering

5 batang serai

5-6 biji bawang merah

1 biji bawang besar

Sedikit kunyit hidup

1 sudu kecil jintan manis

Garam, gula dan serbuk perasa

 Cara memasak:

1.Mesin semua bahan kecuali udang,bahan perasa,kelapa parut.

2.Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (jangan lama,nanti halus sangat tak sedap)

3.Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang.Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam, gula, perasa(kalau guna) ikut selera masing-masing nak pedas atau manis.

4.Kacau hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar.

Bahan doh/kulit:

1 kg keledek(saya guna yang pink) manis

2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian

Sedikit garam

Cara membuat:

1.Kupas kulit keledek,potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus.Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik.Letakkan secubit garam.

2.Rebus hingga air hampir kering.Angkat.Biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan tepung sikit-sikit.Bila dah siap bulatkan sama saiz..Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali.Tabur sedikit tepung atas talam supaya adunan yang dibulat tadi tidak melekat ketika angkat menggoreng.

3.Dah siap goreng dengan api sederhana panas.

4.Siap untuk dihidang.

Kredit: Normani Mdsaad 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN