Kalau nak masak kepah atau lala untuk hidangan tengahari, inilah dia resipi kegemaran rakyat Malaysia. 5 jenis resipi yang paling laris dan mudah disediakan. Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Resipi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.
LALA MASAM MANIS
Bahan A – Tumis
1/2 inci halia – di hiris
1 ulas bawang putih – di cincang
Bahan B – Sos
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
Bahan C
1 Kg siput Lala – di bersihkan
1 cawan air larutkan bersama 1 sudu teh tepung jagung
minyak untuk menumis
1 biji telur – di pukul
1/2 labu bawang holland – di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
garam secukup rasa
Cara Memasak:
Ads
1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis semua bahan-bahan A sehingga wangi.
2. Tuang bahan sos iaitu sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula kedalam bahan tumisan sambil di kacau hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan siput Lala kedalam bahan sos sambil di kacau dan masukkan bawang holland, cili merah, gula dan air.
4. Masak hingga mendidih dan lala terbuka dan masukkan garam secukup rasa.
5. Seterusnya tuang telur yang di pukul tadi, biarkan sebentar dan kacau sehingga telur sebati dengan kuah.
6. Hidangkan dengan nasi panas.
Kredit resipi: fizalgk.blogspot.com
KEPAH MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
1kg kepah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
5 biji cili api(jum.ikut suka)
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di koyak
3 batang serai -diketuk
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
garam dan sedikit gula jika suka
Cara Memasak:
Bersihkan kepah dan toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan masukkan kepah, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
Masak sekejap lagi hingga cengkerang kepah berubah warna kemerahan.
Padamkan api dan hidangkan panas-panas.
Kredit resipi: suzana-ciksue.
SUP KEPAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
1+ kg kepah, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
10 biji cili padi, diketuk
6 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawan putih, hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga harum, masukkan kepah. Gaul rata dan masak 2-3 minit. Tuang air secukupnya ( hingga tenggelam kepah tadi) dan biar mendidih.
Masukkan cili padi dan daun kunyit. Masak dengan api sederhana hingga kepah masak (bila anda nampak cengkerang kepah terbuka). Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kredit resipi: tiffin biru
LALA ALA SHELL OUT
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Halia
Serai (ketuk atau blend) *option
Garam dan penambah perasa
Gula
Sedikit minyak
Cara memasak:
1. Rebus lala sehingga agak masak (kerang lala mula berbuka
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lada kering.
3. Tumis bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4.Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan gula garam dan penambah perasa.
6. Masukkan lala yang telah direbus. Kacau sehingga kerang nya terbuka dan kuah kering.
Ads
Kredit resipi: aswaleyla
LALA KAM HEONG
Bahan-bahan:
1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
8 ulas bawang merah dihiris nipis – boleh juga guna bawang besar
6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
1 inci halia dihiris memanjang
6-7 helai daun kari
Sedikit daun bawang secukupnya di potong
Cili merah dipotong
Sedikit minyak untuk tumis
Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
5-6 sudu besar kicap pekat – atau lebih jika perlu
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.
Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air. Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.
Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.
Kredit resipi: enyabdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Terasa hari ni nak makan kek yang zaman mak kita dulu. Cukup rasa dan tidak menjemukan.Cara buat kek orang lama tidak menggunakan banyak bahan pun untuk diadun , namun rasanya amatlah sedap. Buat kek ni yang pentingnya ikut sukatan yang betul pasti menjadi. Dikongsikan resepi kek marjerin yang mudah dan sedap..
Kek marjerin
Bahan-bahan:
*1 1/2 cawan self raising flour(ayak)/gandum+ 1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan gula kastor -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan marjerin-BELI ONLINE DI SINI
*1 penutup esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
*4 biji telur
Cara memasak:
1.Adungula kastor dan marjerin hingga putih berkrim.
2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan tadi
3.Masukkan gandum sikit-sikit sampai sebati.
4.Sapu loyang dengan marjerin.Masukkan adunan tadi dan bakar suhu 180 selama 40 minit mengikut oven masing-masing.
Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas, ni ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Anda boleh cuba.
1. TELUR DADAR TERUNG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
Kebanyakan orang Kedah mesti tahu sambal lengkuas kan? Biasanya sambal lengkuas ni digunakan untuk buat nasi ulam.
Namun menurut pemilik yang berkongsi resipi ini, Jona MJ, lebih suka makan dengan nasi kosong atau ratah begitu saja pun sedap.
Resipi ini diajar oleh ibu mertuanya yang merupakan orang Baling, Kedah.
RESIPI SAMBAL LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
2 penumbuk lengkuas muda – beli online di sini 15 batang serai – beli online di sini 30 biji cili padi (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan, nak lebihkan pun boleh, ikut selera) – beli online di sini Belacan (besar ibu jari) – kalau nak lebih pun boleh – beli online di sini 4 sudu besar kerisik (nak lebih pun lagi sedap) – beli online di sini Garam secukup rasa 5 biji limau kasturi | diperah nak airnya saja (perah lepas semua dah tumbuk) – beli online di sini
*Saya simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan, baru ambil sikit dan campurkan dengan kerisik. *Tip: kalau nak tahan lama, boleh sangai atas kuali sampai kering. Sambal ni jadi macam serunding.