Cuaca Panas Minum Jus Tembikai Laici Memang ‘Heaven’

Share

Tetamu yang datang berhari raya dalam keadaan cuaca yang panas tentunya inginkan minuman yang sejuk sebagai penyegar tekak. Apa kata anda hidangkan Jus Tembikai Laici. Mudah je pun sebenarnya hendak buat Jus Tembikai Laici ini. Ini resipi cara membuat Jus Tembikai Laici seperti yang dikongsikan oleh Rohana Yusof.

RESIPI JUS TEMBIKAI LAICI

BAHAN-BAHAN:

Tembikai
1 tin laici
Air krim soda
Ais
Aiskrim (kalau tiada pun tidak mengapa)

CARA MEMBUAT:

1. Potong tembikai kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar.

2. Masukkan tembikai, laici (termasuk sirapnya) dan ais dalam mesin pengisar.

3. Tuang air krim soda. Kisar.

4. Tuang dalam gelas. Nak lagi umphh boleh letak aiskrim.

5. Siap! Bolehlah hidang kepada tetamu.

Sumber kredit: Rohana Yusof

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN