Croissant Inti Serunding & Keju, Resipi Mudah & Mengenyangkan

Share

Croissant yang ada kat rumah tu sebenarnya sedap juga bila dibelah tengah dan ditambah serunding serta Keju Cheddar Chesdale. Gandingan yang cukup sempurna dan menyelerakan. Kalau sahur makan hidangan ni pun dah cukup mengenyangkan.

Jangan lupa tambah Keju Cheddar Chesdale. Bukan sahaja berkhasiat, keju ini juga menyedapkan lagi rasa hidangan serta tinggi kalsium dan protein untuk tumbesaran anak-anak. Memang memikat selera. Mesti kena cuba tau!

CROISSANT INTI SERUNDING & KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji croissant
  • 8 keping Keju Cheddar Chesdale
  • 1 cawan serunding daging
  • ½ cawan bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Belah croissant di bahagian tengahnya.
  2. Letak serunding secukupnya di dalam croissant.
  3. Letak 2 keping Keju Cheddar Chesdale di atas serunding lalu tutup croissant.
  4. Letakkan croissant berinti serunding dan Keju Cheddar Chesdale tadi di atas kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega.
  5. Panaskan croissant pada kedua-dua bahagian dan biarkan Keju Cheddar
    Chesdale sedikit cair/meleleh.
  6. Tabur bawang goreng dan lebihan serunding atas croissant dan hidangkan segera.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN